Thursday, December 1, 2011

SERBAN vs JILBAB !

Alahai...
Hari ni first time aku, Cida n Acix lewat ke kelas. Memang x sedar langsung sebab semalam tidur lewat lagi.. Inilah jadinya bila adanya broadband..
ishh.. ishh.. ishh..

Bila Acix datang ke bilik aku, dia terkejut tengok 2 lembaga yang masih lena tergolek atas katil masing-masing. Dengan semangat serta keazamannya, lalu dia menjerit..

"Wooiii !! Dah pukul 8 !! "

Aku yang tengah mimpi makan kfc hampir tersedak ( dalam mimpi )
Terkejut beruk dengan lontaran suara Acix yang sedikit lari pitching nya...
Dengan serta merta dan tergesa-gesanya aku n Cida bangun seperti berlaku kejadian tanah runtuh.. Aku pula hampir pening-pening lalat mencari bakul mandian walhal hanya berada di bawak katil aku saja..

Dengan langkah melenggang kangkong sambil berlari, kami mendaki bukit dengan mata yang masih lagi berpisat-pisat. Nasib baik lecturer sampai lewat jugak. Untung juga lah kelas yang sepatutnya bermula 8.30 tapi start 8.45 dan sepatutnya habis 10.30 tapi ditamatkan pada pukul 9.30...
Sayang lecturer itu..


Ini cerita semalam punya.. Roomate aku ada bagitau ada forum dekat Dewan Bendahara. Wahhh ! Cerah mata bila dengar ada event.. Hehehe.. Disebabkan aku pun x ada kelas semalam so we decided to go there. Aku memang suka pergi forum ni.. Huah3.. Tambah - tambah lak bila ada COP n MAKANAN FREE..
Laju je..

Ye la.. Sape x nak kan MAKANAN FREE n COP untuk kolej ni..
Hahahaha..
Kerana berlaku sedikit kelelapan, kami ke sana sedikit lewat..
Dan dapat tempat duduk belakang :(



SERBAN vs JILBAB




Dif jemputan nya Imam Muda Hizbur.. Walaupun x sekacak Iman Muda Ashraf tapi dia pun handsome.. Forum kali ni bertajuk
SERBAN vs JILBAB
peergghh..
Banyak juga la disentuh mengenai
Monkey Love
hahahaha
tapi ada juga mengenai perkahwinan..
Seriously, aku tertarik dengan forum kali ni..
Yang best bila Imam Muda tu cerita tentang keromantikan beliau dengan Isterinya..
Wooww..
Siyesly so sweet..
Katanya, sayang bini tinggal-tinggalkan..
herrmm...
Ada lagi dia cakap
dia cakap

*

*

*

*

*

*

*

*

*

5 minit kemudian

Apa lagi erk dia cakap, pe hal lak aku tiba-tiba lupa ingatan nie..

Mungkin sebab makan mihun basi semalam kowt..

Wweerkkk !

In short, forum tu mmg best..




No comments: