Tuesday, January 10, 2012

Ponteng !

Assalamualaikum....

Ehem2.. Buat julung-julung kali nya sem ni aku ponteng kelas.. I m not feeling well today.. Pagi tadi pun rasa sakit-sakit badan tetapi ku gagahkan jua sebab hari ni jadual pack. Kelas lak banyak. So, azam nya kalau boleh sem ni x nak skip kelas langsung..

Tapi tadi disebabkan aku siap awal atau acik yang siap lambat, terpaksa lah menunggu acik iron pashmina lepas tu nak belit-belit lagi.. Aku mendengus sambil buat muncung itik sambil juga menggigit dengan penuh rakusnya roti bakar sambil menunggu dia membelit tudung nya.. Bape manyak sambil daaa...

Jam menunjukkan 8.20.. Kelas Bel bermula 8.30.. Aku mula resah gelisah seperti cacing kepanasan gara-gara menunggu di tengah panas.. Perjalanan ke kelas mengambil masa setengah jam kot paling minimum...
"Lewat lah aku kali ni ", bisikku...
Tunggu kan lewat, kalau x tunggu kan merajuk.. Haishh..
Gara-gara kelewatan, mereka mula lah memecut meninggalkan aku.. Menyedari lututku x membenarkan untuk memecut, ku rela diriku ditinggalkan n aku maintain gear 4..
Pendakian bermula, jarak semakin jauh.. Mereka semakin laju atau aku yang terlalu slow.. Titisan titisan masin mula berbintik-bintik di muka. Aku cuba pandang ke belakang.. No one there. Barulah aku mulai sedar mungkin aku pelajar paling last sekali ke kelas hari ni..

Masuk je ke kelas, ku mohon keampunan dari lecturer aku atas kelewatan.. Lepas tu bila kawan-kawan tegur aku hanya mampu tersenyum dan mengangkat tangan sahaja namun mereka memahami kepenatan n kemengahan ku.. Untung juga mineral water sentiasa dalam beg. Hampir separuh juga ku teguk.. Beberapa minit aku menyedari badanku terasa sejuk sampai ku tulang namun aku berpeluh.. Somethim wrong somewhere kalau dh aku macam tu... Mata ku berpinar-pinar, kelas ku mulai berpusing. Aku mendengar namaku diseru-seru...
Oh rupanya namaku diseru oleh lecturer untuk speaking test..
I got the title "If I Was Ghost, I Will ............ "
Bapak ah senang kan kan kan ???
Malang sekali ketika itu otak ku mula membeku. Hanya beberapa point sahaja dapat ku huraikan..
By the end of class.. I was told that one class will be cancel..
Umpama ada rama-rama dalam perut.. Then, acik cakap i should back to room.. Kalau duk lam kelas pun x kan masuk juga lam otak since its writing class who is very-very boring tahap dewa.. Maka, dengan lenggang lenggoknya aku berjalan pulang ke bilik.. And now waiting for tindak balas panadol soluble..

Notakaki :
** Melaka ni asal lah panas sangat. X hujan pon. Tengahari punya lah panas terik sampai kulit kaki pun hangus. Malam sejuk lak..
** Mohon dijauhkan dari sebarang gangguan makhluk halus since badan pun x berapa kuat and histeria semakin menjadi-jadi di kolej aku nie..
** Going back to Key El this weekend visiting my grandma n my sis..
** Koko petang nie !!!! Taekwando !! Ouhh..mungkin skip jugak kowt..

No comments: