Sunday, July 10, 2011

Tak Pernah Benci

Cuba ingat balik before korang ada gf/bf yg sekarang ni, mesti dulu dulu dah pernah ada kan?tak kesah la penah bercinta 16 kali ke sebelum ni tapi apa apa pon dorang semua tu still bergelar ex's jugak. biasa lah maybe tak ada jodoh dengan yg dulu dulu tu, yela umur 15 tahun dah bercinta memang tak tahu apa la kan, apa makna "sayang" pun tak tahu, main cakap je time tu. dulu masa bercinta bukan main lagi sayang tapi bila clash wajar ke untuk membenci satu sama lain? so antara sebab anda tak patut benci ex anda:

1. jangan penah lupa yg dulu dia lah orang yg paling ambil berat tentang kita, kalau boleh semua benda nak korbankan untuk kita. dia jugaklah yg selalu melayan kerenah kita yg kadang kadang tak masuk akal.

2. manusia berubah. kena terima benda ni sebab manusia punya perasaan yg boleh berubah ubah mengikut keadaan. kalau dulu dia janji nak sehidup sehati tapi alih alih dia ada orang lain means dia dah berubah. bercinta lah dengan tiang lampu kalau nak kekal macam tu sampai bila bila.

3. sampai bila nak benci sesama sendiri? bayangkan tiba tiba terjumpa dekat pasar malam or yg sewaktu denganya then mula tarik muka, dalam hati tak payah cakap la dok sumpah seranah. cuba kalau rasa benci tu tak ada, terserempak je senyum, kan dah dapat pahala sebab senyum tu sedekah.

4. sebab ex kau tu dah membuktikan dia bukanlah yg terbaik untuk diri kau, secara tak langsung dia bagi peluang untuk kau cari someone yg lagi better, yg lagi ok daripada dia. normally tuhan akan temukan kita dengan orang yg salah dulu then baru yg betul sebab Dia nak kita belajar dari kesilapan dan pengalaman.

nota kaki : tapi bagi ex yg memang sengaja jahat, selalu sakitkan diri kita, yela saja nak tengok diri ni sengsara, aku sarankan potong je 14 !!

2 comments:

Bundle Paradise said...

Hye...nice blog...dh follow...follow me back ok!!TQ

A!n Syahirah said...

tQ !!