Tuesday, December 11, 2012

Makan Hati !

Assalamulaikum..

Pedih jugak bila makan hati ni tapi kadang kadang tu x terasa pun..
Cuma........

Have a nice day everyone ~~~

Sunday, December 9, 2012

Mutiara Kata Hari Ini !

WHAT GOES UP...
MUST COME DOWN...

Friday, December 7, 2012

Zura Bdk Innocent !

Assalamualaikum...

Nurzuhaizazura Bt Roslan aka jura adalah sepupu kesayangan.. baru darjah 2.. rajin juga orangnya tambah lagi kalau dijanjikan ganjaran.. juga bijak dalam pelajaran..
balik je sekolah.. mandi... makan.. terus hadap kerja sekolah.. selagi x siap selagi tu x berganjak n selagi x jawapan betul selagi tu la dok menangis.. she's such a good girl..
Baru baru ni kakak aku buka akaun Facebook untuk dia n dia mula chat dgn mak cik aku yg berada di Riyadh sana..

Cik su: jura online kat mana
jura: GOOGLE CHROME!!

Bersembur nasi !! gelak tawa memenuhi ruang..
Jura oh Jura...

Tuesday, December 4, 2012

Gerak Hati !

Assalamualaikum...

Orang kata ikut hati mati..

Betul lah kan.. Kalau semua nak ikut hati habislah..
Terfikir segenap satu hari lect aku berkata "Say something good untuk sedapkan hati"..
Betul juga apa yang dikatakan tu tapi bagi aku tak guna nak sedapkan hati selalu.. Bagi aku kita harus bagitau hati supaya belajar menerima hakikat..
Mengapa menipu diri sendiri kalau kita tahu pada pengakhirannya suatu yang memedihkan..
Rupanya debaran demi debaran membongkar segala hari ni.. Sesuatu yang amat memedihkan..
Tapi.. set on mind.. bagitau hati utk terima hakikat itu..

Salam Namaste....

Sunday, December 2, 2012

Chit Chat with Apek !

Well hello everyone.. Hope everyone in da well...
In da well???? WhaT???? Hahaha

As u know.. Sem baru sudah bermula.. N aku baru ja habis kelas.. Suppose be done at 11.30 tapi first class kan.. Pot pet pot pet balik..
Aku mengambil peluang dalam cuaca yg mendung lagi sejuk ni untuk ke klinik.. Asma datang lagi n will never leave me.. Maybe semalam semput angkat barang kot... Akibatnya bunyi bunyian memenuhi ruang dada ku sepanjang malam..
Aku juga mengambil peluang untuk ke bengkel motor.. Dari bulan lepas lagi dok main isi angin motor hari hari.. Bocor barangkali.. kata ayah jangan ambil risiko pegi tukar tiub n now i m here.. talking with apek bout Red Warrior.. bukan apek yg khairul fahmi tu la.. Hik hik hik.. Tajuk entri nak GEMPAK je kan...ini apek yg baiki motor.. hahaha..
he talking quite interesting.. huhuhu.. Baik orgnya..

Mutiara Kata :
Biar menangis sekarang jangan menangis esok..

Time to go~~~~

Monday, November 26, 2012

Email again !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur nikmat.. Malaysia maju rakyat selamat..

Hahaha.. Well hello reader n silent reader..
Juz got email from unknown again.. Asking bout dad..
Saya tahu dia sentiasa membaca nukilan ini..
Terima kasih krn msh lg mengambil berat serta bertanyakan khabar ayh meski pun sy x tahu siapa pengirimnya whether boy or girl.. N disebabkan sibuk sangat sangat menjdi suri rumah jarang sekali dapat menatap laptop. Handphone kekadang 2,3 hri x jumpa.. Demi anda saya.luangkan masa..

Ayah msh lg mcm tu tapi baru baru ni beliau x dapat berjalan. Katanya berat betis. Kudis di betis juga beransur pulih.. Hemodialisis berjalan lancar cuma dia sedikit keletihan.. Drp berat 120 da jadi 70 kg.. Aku lg berat kottttt.. My Goddd...

Masalah dtg lg bila beliau x mau bpantang.. Adooii..

Sampai disini dulu yaa perkembangan ayah.. Sentiasa doakan ayah saya juga yaa..

Friday, November 23, 2012

Kerinduan

Assalamualaikum...

Kerinduan di hati ni siapa yang tahu.. Hati ini menjerit,meraung merindukan kawan-kawan juga tiada siapa yang tahu. Hanya memori pengubat rindu.. Airmata sbgai penenang.. Kesilapan yang lalu.. Tiada ruang lg utk kemaafan.. Namun..wajah tak hilang dr pandangan.. Aku juga tumpang gembira..

Sahabat... Kalau lah kau tahu betapa aku rindukan kau..

Thursday, November 8, 2012

Debaran !

Assalamualaikum uolls...

Seperti sedia maklum tanggal 9 Nov result student Uitm keluar...Seperti mana orang lain aku juga turut merasakan debarannya..

Berikutan kestressan yg aku alami lalu ku sambar tiga ketul ayam KFC ditambah pula dengan hirupan kuah tom yam yang cukup memerahkan muka ku tanpa perlu memakai blusher..

Tekanan memikirkan result sedikit berkurang apabila aku pun turut mengikut jejak ayah ku yg lena ketika dialisis di kerusi malas yang empuk seakan akan Lorenzo punya sofa..

Oleh kerana teringat result yg bakal keluar esok lalu ku merempuh divider petrol station dan kemudian dgn muka selambanya buat xtahu n memandang seakan akan divider itu yg bersalah sambil membuat muka cover malu dgn pekerja kt situ..

Tidak cukup dengan itu ku panjatkan juga doa buat Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusanku.. Ku tagih doa serta restu ibu dan ayah kerna redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa..Kalau ada rezeki x kemana (ayat nak mudah je)

Mata memberi signal akan berlaku kegatalan lantaran daripada tanda tanda mengantuk.. Bantal dan selimut memanggil manggil seolah olah tidak membenarkan aku untuk meneruskan entri ni.. Katil patah paha bersama tilam yang tenggelam ini seakan akan mengulit.. Bunyi dengkuran manusia manusia di sebelah seperti guruh di langit ni antara lullaby yg baru dicipta..

Bagi yg masih terjaga dan menunggu email hangpa xsah dok loklak.. Biaq pi depa nak antaq jam brapa.. Tomorrow never die naa.. X kuasa aihh nak menunggu mcm dulu2.. Sanggup main paint ball smata mata nak tnggu email masuk... Haihhh teruk bebeno loghat aku ni.. Biaq pi laa.. Mintak diri dulu naaa...

Bak kata orang Perancis..... Selamat Malam... Assalamualaikum...

Thursday, October 25, 2012

Testing by BloggerDroid Apps !

Assalamualaikum....

i actually update this entry by phone apps.. So kalau menjadi no need laptop n also i can update blog anytime anywhere...
Wehuuu...

ok.bai

Mendulang Pahala Hari Arafah !

Assalamualaikum and Hello Thursday....

InsyaAllah esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban...
Hari Raya Korban ke Aidiladha ke Hari Raya Haji ke sama je cuma pengisiannya yang penting..

Kepada yang tidak mengetahui atau masih lagi tidak sedar, hari ni adalah Hari Arafah dimana hari ni kita disunatkan puasa sunat. Tidak semestinya berpuasa, berzikir, solat sunat dan membaca Al-Quran.. Sama-samalah kita mendulang pahala 9 Zulhijjah.. Yelah.. Walaupun sunat ja tapi ganjarannya..

DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LEPAS DAN SETAHUN YANG AKAN DATANG.


Subhanallah..... Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika Wukuf di Padang Arafah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji bolehlah melakukan puasa hari arafah... Terkedu seketika bila Buletin Utama menyiarkan suasana di Padang Arafah.. Tok Ma yg berdiri di depan tv memanggil aku.. Nada suara Tok Ma kedengaran berubah, rupanya air mata bercucuran mengalir sambil mulutnya terkumat kamit membaca suatu ayat..

Kelihatan begitu ramai manusia berpakaian putih sambil menangis.. Usai berita disiarkan aku tinggalkan Tok Ma menenangkan dirinya di ruang tamu.. Aku kira mungkin Tok Ma teringat kenangannya ketika di Tanah Suci.. Kemudian Tok Ma ke dapur, matanya sedikit bengkak dan merah..

Ku ceritakan ini pada mak cik ku, katanya kalau dia pun dia menangis.. Bukan apa.. Terharu.. Katanya Wukuf lah ACARA KEMUNCAK bagi tetamu-tetamu Allah di mana segala pengampunan dan permintaan di minta.. Sekarang baru aku tahu kenap sebenarnya Tok Ma mengalirkan air mata. Bukan kerana teringat memori lalu tapi ada disebaliknya..

Pak Su aku merupakan salah satu tetamu Allah pada kali ini.. Semoga segala urusannnya disana dipermudahkan.. Amin..


Ya Allah.. Aku ingin menjadi tetamu Mu..



Tuesday, October 23, 2012

This is LOL !





Aidiladha Datang Lagi !

Well hello everyone...

Me such in good mood now.. hew hew hew..
Guess what? Sis will be back soon.. Few hour more she will be here wid her fren, Leona n also my lil cousin Syahmi.. My sis x akan x balik kalau raya. Dia tu memang, sesuka hati nak balik. Bila rasa nak balik, alih-alih dah tercegat depan umah.. Xpe.. At least aku x keseorangan lagi. Tinggal yang bongsu ja belom balik lagi..

And me n my family menyambut dengan berbesar hatinya kedatangan Leona ke teratak kami yang tak seberapa ni.. Huhuhu..

Today was sooo boring. Mom n Dad went to hospital for dad's hemodialisis..
And me ???
Me wake up at 7 then mom left me at home alone.. I went to buy "nasi bungkus" aloooonnneeee n then i kemas-kemas rumah then i take Piriton (ubat selsema) then i tido again until 2. Then they bk home.. Dad looks very tired so he sleep while mom going out buying some kitchen stuff.. Then i cooked, i eat, i watch television again until i fall asleep...

My Goddddd.....  Ira ! u will not lose weight if u continue like (talking to myself)
Yaaaa.. Yaaaa.. I know..

Oh ya.. Today someone coming and reveal something that we dont expect at all... Dan aku.. Aku yang boleh dikatakan kurang meminati benda-benda mistik begitu tertarik sehingga kan tonite aku rasa takut tido sorang-sorang.. Yaa.. Serve me right !

Apa-apa pun syukur kami tahu punca kesakitan ayah.. Semoga ayah terus berjuang untuk sembuh.. Buat pertama-tama kali aku tengok ayah makin kurus. Kepalanya sedikit kecil.. Lehernya nampak panjang.. and nampak juga tulang yang dekat leher tu (aku pun xtau apa nama).. Cuma yang still remain as usual adalah perut dan kakinya.. Mahu ja aku upload gbr2 kaki ayah kat sini tapi khuatir something not good happen..

Kepada yang punya hasad dengki terhadap ayah aku, kami serahkan kau pada Allah di akhirat kelak.. Hanya Tuhan yang mampu balas.. Make fun other's life was soo bad... Very very bad.. We will never give up !





Sunday, October 21, 2012

Sem Break !

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, tiada pemandangan seindah wajah ibu bapa.. 6 hari sudah berada di rumah.. syukur.. Ini yang aku nanti-nantikan.. Cuti sem bermula selama sebulan setengah. InsyaAllah masa yang terluang ni akan aku manfaat..

Kehidupan di rumah tak sama lagi.. haha.. Apa yang x sama ?
Ada je pelawat datang melawat.. Sebenarnya tak kisah pun. Bak kata orang the more the merrier..

Aku ! Niat lama terbuku di hati tak akan mensia-siakan kehadiran aku di rumah kali ni.. Selagi boleh selagi kuat aku akan menolong ayah dan mak (walaupun kadang2 merungut) sikit tapi at least aku rasa aku dapat ringankan beban mak. Kata Tok Ma, dia rasa tenang sikit bila aku ada di rumah.. Kata-kata tok ma membuatkan aku tersentuh..

Jujurnya, sekarang baru aku faham apa erti tanggungjawab seorang anak.. Tidak semestinya belajar and dapat kerja, gaji yang bagus.. Aku tahu meskipun mak selalu senyum ketawa tapi beban yang tertanggung di bahunya siapa tahu..

Ayah pula siapa yang tahu kesakitan yang ditanggung beliau.. Melihat kepada perubahan tubuh badan dia membuatkan air mata sering bergenang.. Satu hari aku memotong kuku kaki ayah (mmg dr dulu suka potong kuku kaki ayah). Kaki ayah dah x sama macam dulu.. Ye dah x sama.. Banyak yang berubah.. Perubahan demi perubahan berlaku.. kala memotong berbagai fikiran melintas melayang perasaan sendiri akhirnya tumpah juga air mata di kaki ayah. Khuatir ayah perasan, segera aku minta diri ke dapur. Ya Allah... Kau kuatkan hati aku menempuh dugaan demi dugaan..

Kini..  Aku lebih rela berbual dengan ayah.. tiada lagi Facebook, tiada lagi Twitter dan tiada lagi Tagged.. Hanya blog sahaja tempat luahan rasa..
Kini.. aku lebih rela stay di rumah saja mengemas dan memasak drp keluar merayau..
Kini.. aku lebih rela belajar memasak supaya aku dapat masak masakan yang  berkhasiat untuk ayah daripada melayan movie..
Ya Allah.. sesungguhnya aku ingin menjadi anak yang solehah..

Teringat pesan kakak aku.. Hari tu katanya cukup menusuk hati sehingga kami mengalirkan air mata antara satu sama lain.. Syukur juga kakak aku tu matang orangnya dan berjaya mematangkan aku.. Aku sebagai adik x akan membiarkan tanggungjawab terpikul di bahu kakak aku saja.. InsyaAllah..

Wahai anak-anak sekalian.. pandanglah mata ibu dan ayah mu selagi mereka ada..


                           



Monday, October 15, 2012

Last Payyypeeerrrrr !

Assalamualaikum wahai reader-reader yg comel lote...


Ayah pesan : Sabar itu separuh daripada iman.. Apa-apa ujian yang melanda kita harus sabar dan tenang. Jangan gelabah.. Dugaan dan ujian tu untuk hapuskan dosa dosa kita yang dulu.. Tengok ayah ni ditimpa ujian sakit, ayah selalu tenangkan hati, ingat Tuhan.. Ujian ni untuk kebaikan masa depan..

Ayah.. I need ur hug...


Wednesday, October 10, 2012

PR oh PR !

Assalamualaikum wahai readers yang disayangi sekalian..


Nothing much to say.. Juz wish PR paper will be easy on me... PR please !! Please ! I apply fasttracked n choose u for major in degree.. Please ! Please ! Please !
3 hari 3 malam i was not enough sleep drinking nescafe bcoz of u...

Ya Allah.. Permudahkanlah urusan ku...




Tuesday, October 2, 2012

Shooting Music Video 'Dirimu Terunggul'


Assalamualaikum...

Di kesempatan punya kerajinan untuk update blog ni nak cerita sikit last week punya program.. 
Last week cuti study week.. Macam biasa seperti orang lain juga, cuti study week aku bukan dimanfaatkan untuk belajar tapi makan tidur dan jalan saja.. Oleh kerana kerajinan kaki yang sangat melampau, aku bersetuju untuk ikut Ari ke tempat shooting muzik video bagi lagu Dirimu Terunggul.. Meh dekat skit nak habaq mai apa dok kalut ngat nie...

Lagu Dirimu Terunggul ciptaan komposer terkenal Raizan Zainal Abidin atau lebih dikenali neves Pretty Ugly bersama penulis lirik Ismail Mohd Shariff. Lagu ini pernah meraih tempat kedua dalam Pertandingan Cipta Lagu 1 Malaysia AmBank. Dirimu Terunggul dinyanyikan oleh Mohd Farouk Jayfiena Ermand as known as Feroq. Bagi yang kurang mengenali Feroq, dia merupakan salah satu peserta Mystarz LG.

Disini aku suggestkan sape yang baca blog ni.. Dengarlah lagu Dirimu Terunggul. Sumpah best.. Dia cam sweet-sweet sikit and penyanyi nya juga boleh tahan sweet jugak.. Ahakkss.. 

Untuk mendengar lagu tersebut anda boleh search di Dirimu Terunggul atau tekan disini -> Dirimu Terunggul untuk terus mendengar... 
Anda juga boleh mengikuti perkembangan Feroq melalui like page dia -> FEROQ
Nantikan muzik video Dirimu Terunggul yaa..

Layan gambar disebalik tabir pembikinan muzik video Dirimu Terunggul :

Apa lah dok senyum2 kat situ tu..




Take five !



Neves n Abg Ismail

Abg Gangster Comel and Feroq

We are Charlie Angel katanya :)

Shoot again n again n again...

This is da best part ever.. Review balik bloopers..



Abg Gangster Comel a.k.a Jam Anwar (Cap Putih)

Hero n Heroin in Action !

<3 td="td">



Shy n Wawa

Talent and Crew Production

And here we are !!
Farouk Jayfiena Ermand a.k.a Feroq


All da best for Feroq and i m here always support u !




i'll always there for her :)

Tak dilupakan.. Miss Ari kita ni lah orang paling nervous hari tu and aku jadi mak andam terjun pula .. Anyway, we did it girl !!

Honestly, ni first time terlibat dalam set lokasi penggambaran n i was like wwoooaaahh !! hahaha.. Well.. Experience tu.. Event dok belakang kamera ja tapi very very berharga okey.. Pengalaman itu penting and i love to discover something new..
psstt! psstt! abg gangster comel.. saya cilok gbr awak.. xpe kan ? kan ? kan ? hehehe..

ok itu saja lah kan..
Sekian saja.. See soon..



Final Suda !

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik dah nak habis exam.. Kejap je.. Dan hati ni dah x sabar dah nak blik rumah.. Balik menatap muka ibu dan ayah..

So far, exam still ok.. Ok ?? Ok laaa... Baru 1st paper.. 4 more to go..

Kata orang langit x selalu cerah.. Ku sangka kan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.. Ye la.. Kita merancang Tuhan menentukan.. Sem kali ni x sama lagi macam sem lepas.. Ada yang baik, ada yang buruk. Semua keje Tuhan.. Namun, ada juga hikmah tu..

Zaman dah berubah.. Dunia dah maju.. Manusia pun dah berubah..


Tuesday, August 28, 2012

Syida Sakit :(

Assalamualaikum....

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Alhamdulillah akhirnya siap juga assigment Bel setelah di reject beberapa kali.. Tak tahu kalau2 lepas ni kena reject lagi.. Nak kata dah give up.. Dah 10 kali dah cakap give up kat Syida tapi dia juga yang memberi kan aku semangat untuk terus buat lagi dan lagi dan lagi..

Assigment ni aku group dengan Syida. Sudah sepetang aku and Syida menghabiskan masa. Sangat-sangat boring nak siapkan draft sebanyak 1000+++ patah perkataan. Syukur internet banyak membantu..

Tetiba tadi Syida mengadu sakit kepala. Aku membiarkan saja dia berehat. Kesian pulak. Lama selepas itu Syida turun dari katil. Mintak ubat dari si Kechik. Aku yang mengerti masalah Syida terus mengetuk-ngetuk ubat itu sehingga hancur.. Tak pernah lagi aku tengok Syida kesakitan sampai menangis-nangis tadi.. Rasa aku pun turut mau menangis saja..

Alhamdulillah lepas makan ubat tadi senyap ja dia tu.. Seharian juga dia mengadu sakit kepala.. Mungkin ditahannya juga tu..

Syida ! Please get well soon :)


Monday, August 20, 2012

Lebaran Ini !!

Assalamualaikum..

Lebaran tahun ni agak berbeza dari tahun lepas.. Kalau tahun lepas pagi-pagi kami kena bangun awal nak ikut ayah dan mak pergi semayang raya.. Tapi tahun ni kena bangun sendiri n pergi sendiri sampaikan aku dengan kakak aku kena tinggal. Sentap !! Terpaksa lah kami membnceng motor dengan dipandu oleh kakakku.. Berterbangan telekung semayangnya dek kelajuan yang melampau..

Biasa kalau tahun yang lepas-lepas, usai semayang raya ajak sedara mara kat sebelah umah ni makan-makan then kami balik kampung. Tapi raya tahun ni kami diserang dulu.. Langsung tidak pulang ke kampung. Lagi pula tiada siapa lagi dikampung melainkan nenek yang di jaga mak cik ku.

Mungkin juga kerana keadaan ayahku yang sakit menyebabkan raya pertama aku sangat busy sehinggakan handphone jatuh di bawah katil pun tidak sedar.. Sedara mara sebelah ayah pula yang datang ke sini sebab ayah x dapat nak berjalan ke sana ke mari..

Sejujurnya, meskipun kami diduga dengan kesakitan ayah tapi Alhamdulillah raya kali ni rasa seperti lengkap famili besar kami. Tiada lagi persengketaan.. Tiada lagi pergaduhan.. Tiada lagi bermasam-muka..

Juga spoil raya tahun ni baju raya ku tidak mengikut saiz badan ku.. Aisshh ! Bikin xdak mood ja..Nak bergambar pun malas..

Juga raya kali ni DEMAM ! adoyai.. mungkin juga disebabkan lack of sleep.. Mane x nya.. mase otw balik Kelantan memang x cukup tidur lah. Keeskkannya pula sempat lagi Mak Cik aku ajak pergi shopping kat Wakaf Che Yeh sampai 3 pagi.. Memang sah2 la demam. Tapi kalau di Melaka x kot demam macam ni sebab kalau tido lewat al maklum lah bangun pun lewat.. Tapi kalau kat umah mimpi la nak buat macam tu..

Xpernah-pernah raya pertama aku tidur.. Lena lagi tu sampaikan akak ku kata mau dipijak-pijaknya aku sebab x tolong dia. Nak buat macam mana penat sangat sangat kot. Mata hidung semua berair.. Adoyaii..

Oh ya, raya kali ni x berapa nak sakan.. Baju raya pun sehelai ja.. Tudung pula x dak yang mahal-mahal.. 8 ringgit ja.. Xdak nya jenama Ariani ka, Fareeda ka, Humaira ka.. jenama jalan TAR jaa...

Ok la sudah la.. X mboh membebel banyak !
k,bai..

Thursday, August 9, 2012

JPJ Test

Assalamualaikum semua sekali...

Mase dulu-dulu pernah jugak terpikir macam manalah agaknya kalau aku ni bawa kereta. Seriously i told my mum i ll never know how to drive car.. Lepas je SPM, semua member sibuk buat lesen n aku pula sibuk membusykan diri dengan tuisyen Bahasa Inggeris.. That time i was like "kenapa x boleh ambil sekarang ?? !! " then mum told me "Lesen ! Lesen ! Tu semua virus je.. Penghalang kepada focus untuk study ". Yeah ! Thats my mum..

Thinking bout it, mum was right ! Seorang perempuan yang bertahi lalat di kaki seperti aku ni memang suka berjalan.. Pantang ada peluang nak jalan pasti ku rebut.. I never say no if it comes to jalan-jalan somewhere..

But, at last ayah mula memahami yang anaknya perlukan lesen untuk survive hidup sorang2 jauh di perantauan.. So last year during sem break ayah cakap suruh amik lesen cepat-cepat.. Fortunately i got lesen motor but lesen kereta nope ! Ya aku kandas so what ?! coz of lack of training since my tutor always "busy" !! Tapi kalau bab motor, huhh !! Me minah rempit yang pernah tersepit hokeyy !!

Seriously i never told my dad bout license.. He was suddenly told me bout that ! N i was like "SERIOUSLY!!! "(mulut ternganga sambil buat mata luas-luas)..

Before i thru test jpj untuk motor, motor baru da ada di rumah.. Part of my dad; never let anaknya berpenat lelah naik bukit.. But i never ask for it.. Me love u ayah !! Punya la cuak takut kandas, kalau kandas alamat motor baru masuk muzium lah..

Alhamdulillah lesen motor dapat but kereta kandas. Punya la berbangga bangga dengan akak aku tu sebab dia tu xdak lesen lagi.. hahaha..

Last Tuesday, i got jpj test once more but this time different place. I change my tutor and continue it at Zapcity, Rumbai, Melaka... Yes ! At Melaka.. Their price not bad lah.. RM688 for car n RM189 for motor if i not mistaken..

I skip my class n went there alone.. Truly nervous u olls ! Still remember.. Ayat mula-mula aku bagitau pegawai JPJ tu "Never talk wid me bcoz i m gonna lost concentration when drving if we are talking", but he juz ignore n keep talking n talking n also he use "abang" during our conversation.. And i was like :0

But i still called him Encik.. He try to trick me to drive fastly. I m so piss of. He keep trick me.. But i cant do anything.. He's toooooooooo HANDSOME !!! Look cool wid her Rayban glasses ! OMGEEEEEEEEEEEEEEE !!!

Syukur akhirnya lulus juga meskipun gagal menggunakan brek tangan dan kaki dengan baik n gagal menggunakan gear yang sesuai.. Its ok.. Practice make Perfect..
My younger sis send me sms... She told me to become her drive during raya..

To my lovely sis if u read this then listen to my answer "Hey, in ur dream lah.. I got so many place i wanna go so u better juz stay at home and watch cartoon lah! ".. hahahaha..:11:

Esok dah boleh ambil lesen.. Serious macam tak percaya dah boleh drive..
Thank to my mom n dad make my dream come true ! And also both tutor n my friend for cheer me up when i m nervous to death !

Me love u everybody !!!


Sunday, August 5, 2012

Happy Monday !


Assalamualaikum and happy Monday !

Selesai subuh tadi mata ni rasa x mengantuk pula.. Memandang roomate aku semuanya balik maka aku ajak Ari datang tidur bilik.. Lepas subuh ari terus tido balik dan aku pula meneruskan kerja membasuh pinggan mangkuk. Macam biasa lah.. Lepas tu basuh baju, basuh kasut.. aiii.. rajin pelik pula hari ni kan.. Mood baik kot..

Jam 10.30 hari ni aku ada driving kelas, nak tidur pun serba salah. x tido kan takut ngantuk pula. Tapi orang cakap kalau tidur lepas subuh rezeki x masuk.. huhuhu..

Lagi beberapa hari mau balik Kelantan.. Semalam tengah syok2 buat assigment terlintas pula nak dengar lagu raya.. Bila dah dengar,, haa sudah ! Assigment ntah ke mana, fikiran dah kat umah dah. Siap list dah nak buat apa kat umah.. Dahsyat betul..

Rindu pula pada mak ayah kat kampung.. haa sudah ! airmata start bertakung dah.. Apa la khabar ayah di sana yaa ?? Saya rindu ayah saya.. Saya rindu mak saya..
Nak balikkkkkkkkkkk !!!

Masa tolonglah cepat berlalu........

Nak tidur boleh x ???
:131:


Have a Good day Everyone !!!


Welcome Back !

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Welcome back ain ! Welcome back ira !
*gelak sorang2..

Dah berdebu bersawang dah blog ni. Lama betul ye tidak terhapdate. Tapi sekarang dah terbuka hati balik untuk menjadi blogger.. huhuhu.. InsyaAllah..

amacam puasa semua ?? ok je kan ?
Alhamdulillah puasa aku kali ni lebih baik dari sebelum ni cume tidak sama macam tahun lepas.. Kami diberi ujian namun disebalik ujian tersebut banyak hikmahnya..
Allah Maha Mengetahui..

Wahhh ! banyak rasanya nk bagitau sampai x tau nak cakap apa ni..

InsyaAllah.. Sedikit demi sedikit aku cerita...

Bagi yang menunggu-nunggu entri ni.. haaa.. bacalah dan tnggu entri seterusnya..
*ada ke yang menunggu ???
:face60:


Wednesday, June 13, 2012

Hampir Terlupa !

Assalamualaikum.....

MasyaAllah.. Hampir sekian lama akhirnya hati ni terbuka menjenguk blog sendiri. Agak berdebu juga berhabuk la blog kali ni.. Cuti sem 2 bulan dihabiskan dengan aktiviti kerja dan belajar memandu.. Hampir terlupa juga bahawa aku punya blog. Hahaha..

Banyak sangat peristiwa dan tragedi yang x terungkai jika mahu diulas disini.. Biarlah masa menentukan segalanya.. InsyaAllah.. Sharing is caring maaa...
Sehingga bertemu lagi ~~~~



Wednesday, May 2, 2012

Penat !

Assalamualaikum…

Alahai penat hari ini rasa macam xterkata.. busy macam Peah Gosip ke sana ke mari… Hari ni pagi-pagi lagi bangun nak pi kerja. Semangat betul. Mentang-mentang lah baru dapat gaji. Tadi masuk kerja pukul 8 pagi.. Habis kerja pukul 10. Disebabkan kerja banyak aku bagitau majikan biar lah aku buat overtime.. Peewittt ! rajin bebeno aihh nak buat overtime.. Pukul 2 balik umah. Sesampai je di rumah,, Cikgu mengajar kereta call katanya nak pergi kelas memandu pukul 3.. Makk oihh.. Macam lipas kudung. Nak mandi lagi, nak makan lagi, nak tu lagi nak ni lagi.. Alhamdulillah dapat juga lah aku meng-control kereta manual ni.. Lemah semangat betul dengan gear satu ni. Nak cramp jugak kaki ni..

Test JPJ around da corner.. Bukit dah boleh buat tapi masuk parking dengn tiga penjuru x lepas lagi.. Baru aku tahu patut lah mak pening bila nak masuk parking tambah-tambah nak pusing kiri n kanan, sama lah terjadi dengan aku.. Patut pusing kanan pegi pusing kiri.. Alahaiii… Minta-minta pass lah test JPJ nanti.. Balik ja dari kelas memandu, mak cik aku pulak ajak pegi jahit baju raya.. Tuu diaa.. Puasa lambat lagi dah sibuk dah nak jahit baju raya..

Balik dari tempat jahit baju mak pulak suruh pergi amik kertas yang dia Photostat dekat Pasir Tumboh. Maghrib jugak aku balik tadi.. Nenek aku pula dok puji puji menyindir katanya aku ni berani pergi kedai jauh sorang-sorang..

“Relax tok ma ! cucu tok ma ni gangster orang nya.. hahahaha.. tengah menunggu masa nak potong orang je ni bila tiba masa”,

Di rumah aku pula ni ada dua orang ‘toyol’ baru.. Penat dok melayan diaorang. Asal nampak muka aku je ajak main game.. Masalahnya bukan diaorang yang main, aku yg main diaorang yang tengok. Game pula x nak yang senang2 nak yang lumba kereta. Aku pula yang stress nak habiskan game tuu.. Adooii.. Biasa diaorang tdo rumah mak cik aku malam ni tertelan ubat apa lak katanya nak tido dengan aku…

HABISLAAAAAAAAAAAAAAAA…..

Habislah diaorang kena lanyak dengan aku kali.. Katanya nak tidur tepi sebab diaorang buas, haa dia x tau lagi aku punya buas nii.. hahahaha.. Nak aku tidur kat tengah2 yea.. siap lah korang.. hahaha..

That’s all for now.. its time to LANYAK !!!

HAHAHAHAHAHAHA!!


notakaki :

** pergi kerja kena bawa pisau lipat sekarang untuk mempertahankan diri.. huhuhu



Friday, April 27, 2012

Result !

Assalamualaikum wahai reader n also silent reader.. (ada ker)


Seperti yang digembar-gemburkan seumpama gosip panas Zarina Ann Julie, maka tiba juga lah hari yang paling di takuti di geruni bagi siswa dan siswi UiTM. Apa lagi kalau bukan hari pengumuman result..

Aku juga seperti orang yang lain berlagak cool namun dalam hati siapa yang tahu. Makan x kenyang, tidur terlebih lena, mandi pun jarang-jarang namun muka nampak cool saja..

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Muka still cool lagi sambil dok melopong tengok movie Thai.. Tiinngg ! Toongg ! Tiinngg ! Toonng ! Berbaris news feed facebook n tweeterrrr masuk.. Semua senior-senior dok sibuk update status pasal result n bye-bye kat UiTM (sedeyh!) Aku pun pelik lah. Asal aku xdengar bunyi email masuk lagi.. Tunggu punya tunggu sampai bermimpi kena kejar kat kerbau! Tiba-tiba jatuh tergolek pulak.. Dengan jatuhnya bergolek itulah aku tersedar n terus memandang skrin yg sudah kegelapan tanda sleep.. (dalam mimpi rasa laju lak aku lari)
Ku restart balik dengan harapan ada email masuk.. Tapi hareeemmmmmm ! Jeling-jeling Fb lah kejap..

" Hangpa Check balik email sem lepaih..tngok dia dok mai pukui brapa..lepaih 2..hangpa pi tidoq..mangkit balik lepaih waktu result hangpa keluaq..hangpa dok tunggu bagai nk gila pasai pa? "

Begitulah status seorang kawan.. Termenung aku seketika.. Betul jugak kata kawan aku ni.. Lantas ku shut down n bergulung dalam selimut selagi boleh.. Dah rasa-rasa nak ke ambang mimpi tu tetiba pulak handphone bergegor kat tepi bantal.. Aduhh ! Spoil ! Menjadi tabiat aku bila handphone bunyi tu automatik amik phone !

"Beb ! Check email ! " (by shida shidot)

Tengok msg tu yang nak buat aku sawan.. Adoii ! Ku biarkan msg tu. Pejam mata... 10 second kemudian bangkit balik.. Bukak balik laptop..
Bertemankan suara dengkuran sepupuku serta bunyi hidungnya yang tersumbat dek kuasa aircond sejukbeku bilik, aku memberanikan diri.. Cuak gila kot !

Email dah dibuka tapi tangan di skrin belum di alihkan..

YAHOOOOO ! ALHAMDULILLAH..

Target tercapai !!

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.. Tetiba terpandang kalendar.. Mampuih ! Aku keje pagi rupanya.. Akhirnya mata terpejam sambil bibir tersengih..

Keesokkannya................................

Pagi-pagi dah dapat mesej..
"Nak keje ke x nak?? " (by majikan kesayangan)

Maka... bergegarlah kediaman Encik Darus dan Puan Normadiah dengan teriakan anak keduanya yang lintang pukang bangun untuk pergi kerja yang sememang sudah lewat selama 2 jam sampaikan terlupa handphone, purse, bekalan makanan serta helmet. Memang kalau kena saman memang aku serah diri dah.. Ibu ku hanya mampu gelak sinis saja bila melihat kelintangan kepukangan aku. Katanya aku harus mendapatkan jam loceng yang menggunakan fungsi mengetuk kepala. (=.=') Yang x boleh terima minum air sejuk je pergi keje..
Sadis ! Sadis !




Tuesday, April 24, 2012

Esok Gaji !

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah seminggu kerja.. Akhirnya......


ESOK GAJI !!!!!

hehehehe.. Baru ja planning nak gi Kbmall kununnya nak spend duit gaji tapi hampeh semua rancangan cancel !
Ok ! Nampaknya itu petanda suruh simpan duit kot.. Awal-awal lagi bagitau mak bila duit gaji dah cukup terus nak beli handphone baru sebab da tau da mak x kan support duit dia kalau bab gini nih.. huhuhu.. Xpa..

Esok mak kata dia pun gaji esok so selamatlah duit hamba untuk perbelanjaan kali ni. Plus, mak pun xtau aku dapat gaji esok.. Hehehehe.. Bila dia tanya baru bagitau lah..


Notakaki :
Untungla akak da beli handphone baru tapi nangis jugak.. Adoyaiii..
:face53:


Friday, April 20, 2012

Ujian Allah !

Assalamualaikum....

Satu tragedi terjadi semalam di mana mengubah hidup aku.. Tiada lagi gelak tawa. Hanya mampu menangis dan termenung. Andai masa boleh undur, aku akan lebih berhati-hati. Namun aku bersyukur masih lagi bernafas.

Dimana kakak dan adik hendak mengadu domba ? Ketika inilah mereka diperlukan. Tolonglah pulang. I need u guys. Need ur hug.

Ya Allah.. Kuatkanlah aku menghadapi ujianMu.. Bantulah kami mencari pesalahnya. Hukumlah dia dengan hukuman yang setimpal. Tidak aku rela apa yang dia lakukan padaku.



Wednesday, April 18, 2012

Rasa Kerja !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Dah dua hari kerja. Walaupun penat tapi xpe. Mak kata kerja apa yang x penat. Lagipun aku nak cari pengalaman sendiri. Sekarang baru aku tahu betapa penatnya nak cari rezeki. Lagi-lagi menunggu hari gaji. Mak ada juga kata, dia x paksa n x suruh pun kerja kalau rasa penat berhenti je la. Tapi rasa macam LOSER sangat-sangat !

Lesen L dah dapat tapi cikgu x panggil pun lagi.. Pedehal ??
Memang la lesen da dapat tapi selamba badak je naik motor x pakai topi. hehehe.. Bukan apa. Sebab dekat..

Hari ini hari paling penat.. Lepas balik keje terus pergi KB beli baju sekali survey handphone baru. Then, balik balik je bilik umpama tongkang pecah. Ada pasang aircond pula aihh.. Kemas pula bilik. Decorate balik bilik. hehehee.. Macam bilik baru pula..

Ok ! motor bocor.. i'm dead tomorrow !
Dapat berita cuti nanti akak bawak kawan datang umah.. Ohsome !!!


Monday, April 16, 2012

Part Time !

Assalamualaikum...




Alhamdulillah.. Baru je semalam texting dengan akak bincang nak beli handphone baru. Nak menggantikan telefon aku yang amat klasik sudah tu. Tapi akak cakap simpan duit sendiri untuk beli handphone. Do not use PTPTN MONEY haa..

Yaaa.. Jangan salah guna duit ptptn yea kawan-kawan. Duit tu hanya untuk belajar saja.. So, i told her cam ne nak kumpul duit.. Duit pun x masuk. Nak buat part time pun xtau nak keje apa.

Keesokkan iaitu pagi tadi.. Celik-celik mata je ada msg akak. Dia forward msg kawan majikan dia dulu.. Peerrghh ! mata yang mengantuk terus celik besar.. Nak pekerja part time rupanya.. nasib baik lah dekat je dengan rumah. 2 minit je dari rumah. Gaji tu nak kata lumayan tu tak la juga tapi bolehlah daripada duk makan tidur je kat rumah ni.

So tadi pergi jumpa tauke dia, alhamdulillah aku da boleh start keje pagi esok..
Di sini aku bekerja <Musafir Inn>
Wish me luck !

Have a nice day reader
:face64:

Sunday, April 15, 2012

Welcome Back !

Assalamualaikum...

I m back
buekk


Alhamdulillah setelah 10 hari blog ni under construction akhirnya dibuka semula.. Hari-hari teringatkan blog ni tapi xtau lah. Tak tergerak hati lagi nak buka dan akhirnya hati telah dibuka begitu juga blog ini.. Sibuk menguruskan blog mak n 2 blog lagi.. Al maklumlah semua dah nak berblogging dah.. Kalah aku kali ni.
Blog aku da berwajah baru. Ala-ala gurlish sikit but never mind lah. My taste !!

Lagu pulak tarok lagu yang ala ala feeling sikit.
Tajuk lagu ni FOX RAIN ost MY GIRLFRIEND IS GUMIHO... Sory lagu x boleh di 'pause'kan.. Dengar je lah ! Seriously lagu ni touching gila. Bagi a
ku lagu ni menggambarkan kegembiraan pun ada nak menggambarkan kesedihan pun ada. So, bila aku tengah nangis then dengar lagu ni makin lajulah air mata tapi bila tengah happy dengar lagu ni happy tak hingat dunia !

Lepas tu ada kelopak kelopak ros pulak tu.. Aiiseyyymannn.. Feeling kan... Yes ! I put it bcoz i like rose especially pink rose bcoz smell so good lah ! My sis like white rose tapi hampeh xdak bau aih..

Header ! Act gambar untuk header tu banyak tapi xdapek upload.. Besar sangat.. Xpe lah kan nak buat macam mana.

Terima kasih juga buat insan-insan yang selalu menjawab pertanyaan aku setiap kali aku bertanya pasal blog. Dan juga x lupa pada blogger-blogger yang rajin buat tutorial.. Cayalahh! Rajin betul diaorang tu.. X mampu la aku ni..

Selamat Berblogging juga buat my lovely mother and my beautiful aunty..

Mom's blog tu adalah salah satu assigment bagi matapelajaran ape ntah. Maklumlah dia amik PJJ so teramat-amat busy sampai aku pun terheret sekali untuk menyiapkan tugasannya.
Aunty's blog pula mungkin dia nak luahkan perasaan rindu terhadap suami, anak-anak dan juga familinya disini since dia berada nun jauh disana.. Di Riyadh sana.. Buat apa lagi.. Kerja maa.. Cari makan tapi xpe.. KAYA ! hahahaha. gaji mahal wooo.. 3 bulan gaji cukup untuk beli sebuah kereta. Teringin juga nak kerja macam tu tapi jauuuhhhhhnyaaa...
That's all for now

Have a good day everyone :9: