Monday, August 20, 2012

Lebaran Ini !!

Assalamualaikum..

Lebaran tahun ni agak berbeza dari tahun lepas.. Kalau tahun lepas pagi-pagi kami kena bangun awal nak ikut ayah dan mak pergi semayang raya.. Tapi tahun ni kena bangun sendiri n pergi sendiri sampaikan aku dengan kakak aku kena tinggal. Sentap !! Terpaksa lah kami membnceng motor dengan dipandu oleh kakakku.. Berterbangan telekung semayangnya dek kelajuan yang melampau..

Biasa kalau tahun yang lepas-lepas, usai semayang raya ajak sedara mara kat sebelah umah ni makan-makan then kami balik kampung. Tapi raya tahun ni kami diserang dulu.. Langsung tidak pulang ke kampung. Lagi pula tiada siapa lagi dikampung melainkan nenek yang di jaga mak cik ku.

Mungkin juga kerana keadaan ayahku yang sakit menyebabkan raya pertama aku sangat busy sehinggakan handphone jatuh di bawah katil pun tidak sedar.. Sedara mara sebelah ayah pula yang datang ke sini sebab ayah x dapat nak berjalan ke sana ke mari..

Sejujurnya, meskipun kami diduga dengan kesakitan ayah tapi Alhamdulillah raya kali ni rasa seperti lengkap famili besar kami. Tiada lagi persengketaan.. Tiada lagi pergaduhan.. Tiada lagi bermasam-muka..

Juga spoil raya tahun ni baju raya ku tidak mengikut saiz badan ku.. Aisshh ! Bikin xdak mood ja..Nak bergambar pun malas..

Juga raya kali ni DEMAM ! adoyai.. mungkin juga disebabkan lack of sleep.. Mane x nya.. mase otw balik Kelantan memang x cukup tidur lah. Keeskkannya pula sempat lagi Mak Cik aku ajak pergi shopping kat Wakaf Che Yeh sampai 3 pagi.. Memang sah2 la demam. Tapi kalau di Melaka x kot demam macam ni sebab kalau tido lewat al maklum lah bangun pun lewat.. Tapi kalau kat umah mimpi la nak buat macam tu..

Xpernah-pernah raya pertama aku tidur.. Lena lagi tu sampaikan akak ku kata mau dipijak-pijaknya aku sebab x tolong dia. Nak buat macam mana penat sangat sangat kot. Mata hidung semua berair.. Adoyaii..

Oh ya, raya kali ni x berapa nak sakan.. Baju raya pun sehelai ja.. Tudung pula x dak yang mahal-mahal.. 8 ringgit ja.. Xdak nya jenama Ariani ka, Fareeda ka, Humaira ka.. jenama jalan TAR jaa...

Ok la sudah la.. X mboh membebel banyak !
k,bai..

No comments: