Sunday, October 21, 2012

Sem Break !

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, tiada pemandangan seindah wajah ibu bapa.. 6 hari sudah berada di rumah.. syukur.. Ini yang aku nanti-nantikan.. Cuti sem bermula selama sebulan setengah. InsyaAllah masa yang terluang ni akan aku manfaat..

Kehidupan di rumah tak sama lagi.. haha.. Apa yang x sama ?
Ada je pelawat datang melawat.. Sebenarnya tak kisah pun. Bak kata orang the more the merrier..

Aku ! Niat lama terbuku di hati tak akan mensia-siakan kehadiran aku di rumah kali ni.. Selagi boleh selagi kuat aku akan menolong ayah dan mak (walaupun kadang2 merungut) sikit tapi at least aku rasa aku dapat ringankan beban mak. Kata Tok Ma, dia rasa tenang sikit bila aku ada di rumah.. Kata-kata tok ma membuatkan aku tersentuh..

Jujurnya, sekarang baru aku faham apa erti tanggungjawab seorang anak.. Tidak semestinya belajar and dapat kerja, gaji yang bagus.. Aku tahu meskipun mak selalu senyum ketawa tapi beban yang tertanggung di bahunya siapa tahu..

Ayah pula siapa yang tahu kesakitan yang ditanggung beliau.. Melihat kepada perubahan tubuh badan dia membuatkan air mata sering bergenang.. Satu hari aku memotong kuku kaki ayah (mmg dr dulu suka potong kuku kaki ayah). Kaki ayah dah x sama macam dulu.. Ye dah x sama.. Banyak yang berubah.. Perubahan demi perubahan berlaku.. kala memotong berbagai fikiran melintas melayang perasaan sendiri akhirnya tumpah juga air mata di kaki ayah. Khuatir ayah perasan, segera aku minta diri ke dapur. Ya Allah... Kau kuatkan hati aku menempuh dugaan demi dugaan..

Kini..  Aku lebih rela berbual dengan ayah.. tiada lagi Facebook, tiada lagi Twitter dan tiada lagi Tagged.. Hanya blog sahaja tempat luahan rasa..
Kini.. aku lebih rela stay di rumah saja mengemas dan memasak drp keluar merayau..
Kini.. aku lebih rela belajar memasak supaya aku dapat masak masakan yang  berkhasiat untuk ayah daripada melayan movie..
Ya Allah.. sesungguhnya aku ingin menjadi anak yang solehah..

Teringat pesan kakak aku.. Hari tu katanya cukup menusuk hati sehingga kami mengalirkan air mata antara satu sama lain.. Syukur juga kakak aku tu matang orangnya dan berjaya mematangkan aku.. Aku sebagai adik x akan membiarkan tanggungjawab terpikul di bahu kakak aku saja.. InsyaAllah..

Wahai anak-anak sekalian.. pandanglah mata ibu dan ayah mu selagi mereka ada..


                           



No comments: