Tuesday, August 28, 2012

Syida Sakit :(

Assalamualaikum....

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.. Alhamdulillah akhirnya siap juga assigment Bel setelah di reject beberapa kali.. Tak tahu kalau2 lepas ni kena reject lagi.. Nak kata dah give up.. Dah 10 kali dah cakap give up kat Syida tapi dia juga yang memberi kan aku semangat untuk terus buat lagi dan lagi dan lagi..

Assigment ni aku group dengan Syida. Sudah sepetang aku and Syida menghabiskan masa. Sangat-sangat boring nak siapkan draft sebanyak 1000+++ patah perkataan. Syukur internet banyak membantu..

Tetiba tadi Syida mengadu sakit kepala. Aku membiarkan saja dia berehat. Kesian pulak. Lama selepas itu Syida turun dari katil. Mintak ubat dari si Kechik. Aku yang mengerti masalah Syida terus mengetuk-ngetuk ubat itu sehingga hancur.. Tak pernah lagi aku tengok Syida kesakitan sampai menangis-nangis tadi.. Rasa aku pun turut mau menangis saja..

Alhamdulillah lepas makan ubat tadi senyap ja dia tu.. Seharian juga dia mengadu sakit kepala.. Mungkin ditahannya juga tu..

Syida ! Please get well soon :)


No comments: