Thursday, October 25, 2012

Mendulang Pahala Hari Arafah !

Assalamualaikum and Hello Thursday....

InsyaAllah esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Korban...
Hari Raya Korban ke Aidiladha ke Hari Raya Haji ke sama je cuma pengisiannya yang penting..

Kepada yang tidak mengetahui atau masih lagi tidak sedar, hari ni adalah Hari Arafah dimana hari ni kita disunatkan puasa sunat. Tidak semestinya berpuasa, berzikir, solat sunat dan membaca Al-Quran.. Sama-samalah kita mendulang pahala 9 Zulhijjah.. Yelah.. Walaupun sunat ja tapi ganjarannya..

DIAMPUNKAN DOSA SETAHUN YANG LEPAS DAN SETAHUN YANG AKAN DATANG.


Subhanallah..... Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika Wukuf di Padang Arafah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji bolehlah melakukan puasa hari arafah... Terkedu seketika bila Buletin Utama menyiarkan suasana di Padang Arafah.. Tok Ma yg berdiri di depan tv memanggil aku.. Nada suara Tok Ma kedengaran berubah, rupanya air mata bercucuran mengalir sambil mulutnya terkumat kamit membaca suatu ayat..

Kelihatan begitu ramai manusia berpakaian putih sambil menangis.. Usai berita disiarkan aku tinggalkan Tok Ma menenangkan dirinya di ruang tamu.. Aku kira mungkin Tok Ma teringat kenangannya ketika di Tanah Suci.. Kemudian Tok Ma ke dapur, matanya sedikit bengkak dan merah..

Ku ceritakan ini pada mak cik ku, katanya kalau dia pun dia menangis.. Bukan apa.. Terharu.. Katanya Wukuf lah ACARA KEMUNCAK bagi tetamu-tetamu Allah di mana segala pengampunan dan permintaan di minta.. Sekarang baru aku tahu kenap sebenarnya Tok Ma mengalirkan air mata. Bukan kerana teringat memori lalu tapi ada disebaliknya..

Pak Su aku merupakan salah satu tetamu Allah pada kali ini.. Semoga segala urusannnya disana dipermudahkan.. Amin..


Ya Allah.. Aku ingin menjadi tetamu Mu..



No comments: