Tuesday, April 25, 2017

Kebaikan dan Keburukan Sebagai Agen Dropship

Assalamualaikum

Hairannya sekarang rasa macam banyak sangat masa lapang. Al maklum lah, tak ada job kan sekarang. So kali ni tajuk entry lain sikit dari yang biasa.

Sejujurnya iols mula jadi dropshipper since 2 tahun yang lalu. Masa tu baru masuk degree semester 3. Awal-awal sem acah-acah la macam tak ada kerja sangat. Kononnya lah. Hmmm. So pikir punya pikir why dont try ja dulu. Rasa okey kita on ja. Masa tu memang tak ada ilmu langsung pasal perniagaan. Nak tanya kawan malu. Tapi iols banyak juga membaca tips-tips dari internet. Thank you juga kepada ihsan wifi uitm yang banyak membantu iols duk upload gambar di instagram.

Banyak kali jugak lah iols pikir betul ke apa yang iols buat ni? Kan nanti terganggu segala pelajaran iols nanti. To be honest, dulu iols sangat sangat sangat tak suka kalau berniaga ni. Tak pandai!

Okey now let me tell you guys prons and cons to be an dropship agent:

KEBAIKANNYA

1. Modal Yang Rendah
Yes. Hanya modal serendah beberapa ringgit ja. Itu pun kalau pembekal you mengenakan yuran. Tapi better you cari pembekal yang tidak mengenakan sebarang yuran. Oh ya, modal you hanya untuk subscribe internet ja lah. Mesti amik pakej internet yang murah dan banyak quota. Then, you tak payah susah-susah keluarkan duit you. Bila customer you dah buat bayaran untuk barang yang nak dibeli, baru you order barang itu. Jangan percaya dengan kata-kata

"Boleh tak order dulu nanti i bank in"
   
HELL NO!
Please. Jangan. Sebab macam-macam kes penipuan selalu terjadi sekarang. Trust me. Iols dah kena banyak kali.

2. Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja
Bisnes dropship ni tak ada hal. Sampai ke toilet pun you boleh berniaga as long as you boleh pegang you punya handphone (Tapi jangan la. Buruk perangai)

3. Pelbagai Jenis Produk
Since you tak perlu pegang stock barang, you boleh jual pelbagai jenis produk yang you nak pada customer you as long as you rajin tau. Kalau iols, iols jual barang yang iols minat ja sebab bila kita minat, kita akan tau dengan lebih details apa yang kita jual. Penting tu sebab bila customer you tanya, tu apa? macam mana nak guna? berapa jenis? senang you nak jawab.

4. Sangat Mudah
Gila tak mudah sambil baring duit masuk. Tak perlu punch card, tak perlu masuk office, tak perlu keluar pos barang, packing barang. Apa yang you perlu adalah semangat dan kerajinan yang sangat tinggi.

5. Tidak Perlu Kerah Tenaga
Pendek kata you duduk ja, Just promo your produk and ambil order je.


KEBURUKAN

1. Keuntungan Yang Rendah
Its okey. Baru mula bertatih. Dah pandai promo, customer pun ramai, masyukk. Boleh upgrade jadi pembekal pula. Dan jangan lupa, persaingan you juga sangat ramai. Oleh itu, jangan pernah berputus asa. Bukan senang  nak senang. Ada ups and down juga.

2. Isu Inventori
Maknanya kat sini, bila you mula berurusan dengan orang ketiga, and you tengah aktif berniaga, you akan mengalami masalah nak update stock mana yang ada? stock mana yang dah habis? You kena rajin update stock dengan pembekal you. Tapi, tapi, tapi ada juga pembekal yang pandai. Dorang kasi ja link stock pada you yang auto update. Tekan ja link yang diberi. Semua you boleh tahu. Lagi senang. Pembekal juga kena pandai menguruskan dropshipper mereka.

3. Pengeposan Barang
Contohnya, dalam IG SHOP you jual
          1. Lipstik (Pembekalnya di Melaka)
          2. Contact lens (Pembekalnya di Kelantan)
          3. Pomade (Pembekalnya di Terengganu)

So 3 agen yang berlainan.

At one time, ada satu customer ni nak ketiga-tiga barang ni dan minta pos ke alamatnya ke Kuala Lumpur. You perlu membayar kos penghantaran yang berbeza kepada setiap pembekal.
HATI-HATI. Ini akan buat customer you rasa 'tawar hati' untuk membeli.

4. Kesilapan Pihak Pembekal
Kadang berlakunya customer terima produk yang salah atau rosak atau tidak cukup.
Dalam kes begini pembekal tidak akan disalahkan tetapi KITA yang akan bertanggungjawab. Jadi, pilihlah pembekal yang berkualiti agar tidak menjejaskan reputasi bisnes you.


Begitu panjang lebar penerangannya. Diharapkan you guys yang baca ni faham la serba sedikit mengenai Agen Dropship ni. Honestly, bukan senang tau nak berniaga. Kita rasa macam oh senangnyaaa.. I almost give up tau. I am not try to let you down okey. Tapi i bangkit sebab bila you dapat 2 orang ja customer you akan rasa wahhhh best sebenarnya berniaga ni. Okey semangat. Iols ni tak de lah "berjaya" sangat pun but i still feel like i wanna share this with my reader. Rajin-rajinkan menbaca dan cedok ilmu sebanyak mana pun.

** This entry also credit to Nor Liza Abu Bakar, writer for buku Buat Duit Dengan Dropship. Memang sangat membantu. Thank you.

Thursday, April 20, 2017

MASSCOMM: Apa itu MASSCOMM?

Assalamualaikum
Hallo Dolls!

Yes! Macam biasa setiap tahun bila keputusan UPU keluar maka berdesup email – email dari anda dan anda dan anda yang curious and ingin bertanyakan tips dan maklumat mengenai Masscomm.
What makes me late reply for mail?
Sebab awak-awak asyik tanya benda yang sama. Its takes time for me nk taip balik and explain benda yang sama berulang. I cannot copy paste an answer for you. I need to focus replying each of u. Makesure awak baca habis setiap entry and take note info-info yang iols share.

So entry kali ni xmau cakap panjang-panjang sebab awak awak semua malas kan baca panjang-panjang. Ingat iols x tau ka. Hahaha.
.
Apa itu Masscomm?
Kalau dulu Masscomm hanya ada 1 kos sahaja iaitu MC110 Diploma Komunikasi dan Pengajian Media. Tapi after beberapa tahun I’m done with my Diploma. 1 lagi kos baru dimana under Masscomm juga diperkenalan iaitu
MC111-Diploma in New Media Communication and Contentrepreneurship

Semua informasi yang saya share ini adalah dari laman web Masscomm Uitm sendiri.
So korang boleh take note ye
Baca elok-elok:

MC110 - DIPLOMA IN COMMUNICATION AND MEDIA

Maklumat Program

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menawarkan pelbagai kursus yang bertujuan untuk membantu pelajar mengembangkan bakat mereka dan melanjutkan pemahaman mereka tentang proses dan amalan pelbagai aspek komunikasi massa. Pelajar dalam program ini akan menjalani enam semester pengajian untuk menamatkan pengajian dengan Diploma Komunikasi dan Media. Fakulti ini memerlukan pelajar menjalankan tiga komponen kursus dalam program tiga tahun. Komponen-komponen ini adalah keperluan kursus universiti, kursus teras fakulti dan kursus program teras.

Ini pula subjek-subjek yang korang akan belajar setiap sem (dipanggil Course Outline)

Course Outline

Semester 1
1.Kesatria Negara I
2.Fundamentals of Islam/
3.Men and Religion (Non-Muslim)
4.Consolidating language Skills
5.Computer and Information Processing
6.Introduction to Malay Language Communication
7.Introduction to Communication and Media Studies
8.Public Speaking


Semester 2
1.Kesatria Negara II
2.Islamic Thought and Civilization/Islam and Development (Non Muslim)
3.Preparatory Course For MUET
4.Introduction to Sociology
5.Writing for the Media
6.Interpersonal Communication
7.Communication Management


Semester 3
1.Kesatria Negara III
2.Islam and Communication/
3.Islam Society (Non Muslim)
4.English For Academic Purposes
5.Principles of Psychology
6.Instructional Communication
7.Introduction News Writing and Reporting
8.Public Relations


Semester 4
1.Graphic Design and Communication
2.Journalism
3.Photo Communication
4.Publishing and Media Design
5.Principles of Economy
6.Issues in Modern Malaysia


Semester 5
1.Entrepreneurship
2.Communication Research
3.Event Management in Communication
4.Broadcasting
5.Advertising
6.Professional Project
7.Multimedia Design and Production
8.Marketing Communication


Semester 6
1.Introduction to Translation
2.Professional Project
3.Multimedia Design and Production
4.Marketing Communication

Peluang Pekerjaan
Graduan mempunyai peluang untuk bekerja sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta. Mereka harus bertindak sebagai garis sokongan kepada kumpulan profesional dan pakar dalam bidang Kewartawanan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Penyiaran, Penerbitan dan kawasan-kawasan lain yang berkaitan dengan komunikasi dan media.


Peluang Melanjutkan Pelajaran

Graduan mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam program Sarjana Muda di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM.



MC111-Diploma in New Media Communication and Contentrepreneurship

Programme Details
The Diploma in New Media Communication and Contentrepreneurship is a new programme introduced by the Faculty of Communication and Media Studies in 2013. The programme was set up upon receiving suggestions from the Multimedia Development Corporation (MDec) to cater the need of the country to produce practitioners in managing communication strategies for the digital industry. The duration for this programme is 2.5 years and student will have to undergo five semesters of study. The faculty requires students to undertake three components of courses which are university courses, faculty core courses and programme core courses.



Course Outline

Semester 1
1.      Kesatria Negara I
2.      Fundamentals of Islam/
3.      Men and Religion (Non-Muslim)
4.      Integrated Language Skills : Listening
5.      Fundamentals of Entrepreneurship
6.      Introduction to New Media
7.      Fundamentals of Animation Content
8.      Fundamentals of Web Contest
9.      Public Speaking


Semester 2
1.      Kesatria Negara II
2.      Islamic Thought and Civilization/Islam and Development (Non Muslim)
3.      Integrated Language Skills : Reading
4.      Fundamentals of Multi Media System
5.      Fundamentals of Games Content
6.      Narrative for Animation and Games
7.      Graphic Design
8.      Digital Photo Communication


Semester 3
1.      Kesatria Negara III
2.      Islam and Communication/
3.      Islam Society (Non Muslim)
4.      Integrated Language Skills : Writing
5.      Business Plan and Content Marketing
6.      Web Content Development
7.      Animation Content Production
8.      Game Content Production


Semester 4
1.      Introduction to Translation
2.      Ethics and Intellectual Property Rights
3.      Media Psychology
4.      Critical Thinking
5.      Game Monetization
6.      Contemporary Issues in Digital Content
7.      Web Design Production


Semester 5
1.      Practical Training


Job Opportunities
Graduates have the opportunity to work either in the public or the private sector. They will be employed in various digital media corporation as digital content providers for web, animation, and games.

Opportunities for Further Studies
Graduates have the opportunity to pursue their studies in the Bachelor programmes in the Faculty of Communication and Media Studies, UiTM.



Okey. So semua please fahamkan segala basic info disini.
Mungkin awak awak semua boleh ambil sikit-sikit info dari sini untuk jawab soalan esei.
Sampai sini dulu entri untuk kali ni.
Next entry iols akan explainkan pasal 8 major dalam Masscomm tau.
Doakan iols rajin ye.
Assalamualaikum



** Segala info kredit for Laman Rasmi Masscomm UiTM
https://masscomm.uitm.edu.my/main/index.php/programmes/programme-overview/undergraduate-programme/diploma# 

Thursday, June 16, 2016

Bukan Noktah Lagi

Assalamualaikum.
Hello people..

Here i am. Back to 'my space'.
Currently 5.30 pm waktu Malaysia, dan aku?
Sendirian di Office.
Yes. Office.

Aku sepatutnya pulang dari pukul tiga tadi memandangkan hari ni adalah hari waktu bekerja separuh hari.
Hari ni juga hari terakhir aku sebagai PELAJAR PRAKTIKAL BAHAGIAN PENERBITAN UMK.

Excited tapi sedih. Tak sabar tapi mahu menunggu. Keliru kan?
Hahahaha.

Jaga-jaga! Entri kali ni akan berlaku sedikit kecelaruan emosi dan kecelaruan bahasa baku. 
Bukan salah aku. Gara-gara SuaraCerita!

Ya. Setelah 3 bulan aku disini. Sedar tak sedar.
Hari ni adalah hari terakhir aku bertugas disini.
Tiada lagi untuk aku menggunakan perkataan "mau pergi kerja"
Tiada lagi alasan "penat kerja" untuk ibu.
Tiada lagi kepenatan memikir mau pakai apa ke pejabat.
Tiada lagi rasa terpikul dengan tanggungjawab kerja
Tiada lagi gelaran sinis ibu "wanita bekerjaya" hahaha
Tiada lagi perebutan siapa cepat pergi kerja
Tiada lagi drama-drama
Tiada lagi tempat aku mengusha
Tiada lagi tempat aku melarikan diri dari masalah
Tiada lagi gelak ketawa meskipun lawak hambar

Setiap pertemuan ada perpisahan.
Hati ini mau menangis. Namun dipujuk.
Kenapa perlu ditangisi. Ini hanya baru permulaan.
Permulaan persahabatan yang terjalin.

Yang pasti aku merindui setiap inci sudut memori di sana.
- Pejabat Perpustakaan dan Pengajian Ilmu UMK, Kampus Kota -




Saturday, January 30, 2016

Thai Tea @ Teh Siam (Red Tea & Green Tea)

Assalamualaikum

Hari ni nak cakap pasal Green Tea yang dok heboh la ni. Pemes betul sekarang Thai Tea ni. 
Kalau di Shah Alam nak nak lagi Sek 7, alahai berderet deret yang menjualnya.
Rm4-6 jugaklah segelas. Makk aihhh..
Aku pun berfikir dua kali jugak la nak membelinya,
Bukan apa, kehidupan sebagai seorang pelajar ni kena la berjimat cermat.
4-6 hinggit tu lepas la nasi sebungkus idok??

Bagi aku kedua-dua teh ni best. Kedua-dua ada rasa dan baunya tersendiri.
Dicampur pulak dengan susu cair yang di shake-shake tu.
Perrrgghh..
Cayalah..
Sebab tu penggemar Thai Tea ni x kisah nak spend duit.

So, drp duk beli segelas-segelas. Why dont kita beli je teh terus.
Ya Allah, jimat yang terlampau jimat aih.
Korang bayangkan teh boh yang korang beli packaging kecik tu sebulan pun x habis kan.
Inikan pula 200gram green tea and 400gram red tea ni.
Mau setahun baru habis.

Jimatkan?
Bukan setakat tu. Boleh dibancuhnya untuk seisi keluarga.
Petang-petang sambil duk lepak kat luar rumah, sedapnya dapat hirup green tea sijuk sijuk. 
Alahaiii..

Bukan nak promote, tapi nak suggest.
Apa kata kita dapatkan serbuk Thai Tea bancuh sendiri.
Murah saja hakak hadik habang..
RM15 SAHAJA!
Teh ni direct dari Siam.
Tak de tipu-tipu, fake-fake
Tapi kalu hampa sebut "BLOG CIK BULAT"
Nanti ada la tu dia bagi diskaun. Best tak?

Sapa yang berminat whatsapp ja no ni
013-2574465
psstt, jgn lupa sebut code "Blog Cik Bulat"
blh dpt diskaun.
Postage: RM7
COD: area Kubang Kerian, Pasir Tumboh (Kelantan)

Begini la rupanya Thai Tea tu.

Tuesday, December 22, 2015

Dream Come True 1 √

Assalamualaikum..

Sudah lama menghilang di alam maya ini. Kali ni aku kembali merungkai cerita mengenai antara impian aku yang tercapai. Before tu, nak cakap. Mungkin impian antara kita tak sama jadi kalau kau reader rasa
"Elehhhh, ni ja impian kau."

Hmmm, tak semua antara kita yang mampu menggapai mimpi serta impian yang besar tauuuuuu..

Throwback semasa aku sedang lepak di depan Seri Pacific berdekatan PWTC tu. Sambil menunggu ketibaan kawan aku, sempat aku melihat orang-orang VVIP keluar masuk ke hotel tu. Aku tahu hotel itu 5 bintang di mana aku sedar aku takkan mampu tinggal di hotel sebegitu mewah. Lalu aku berkata pada kawan aku tu,

"Huishh hotel ni kalau aku dapat tidur kat sini. Impian jadi kenyataan!"

So 25 October 2015, aku diberitahu oleh Ary, kawan baik aku bahawa mama dengan baba mereka datang ke KL dari Sabah. Sememangnya tiap kali mereka ke sini, aku akan turut membontoti ja. Aku dah anggap mereka tu macam parents aku juga. Lalu mereka menjemput aku bermalam bersama mereka di hotel dimana mereka sudah booking tempat khas untuk aku. Serba salah untuk aku menolak since aku dah anggap Aunty and Uncle dah macam parents aku sendiri.
Ditanya kemana mereka tinggal?

"Seri Pacific Hotel"

SERI PACIFIC HOTEL???

I was like seriously?!



Jadi benarlah. Oleh kerana Aunty dan Uncle. Impian aku jadi kenyataan.
Aku usulkan cerita ni pada Aunty. Ketawa dia.
Katanya Aunty lepas ni kita datang sini lagi.

Tidak Aunty. Dapat merasa sekali pun sudah cukup untuk Ain ni Aunty.
Breakfast like a king. Huhh. Cukup puas hati.
Terima kasih Aunty Uncle kerana merealisasikan impian ini tanpa Aunty sedar.
TERIMA KASIH










Inilah Aunty. Mama nya Ary. Uncle? Malu nk bergambar dgn dia.
hihihihi

Jadi, inilah cerita impian jadi kenyataan aku. Mungkin tidak sebesar bagi anda tapi bagi aku, aku akan ingat benda ni sampai bila-bila. Dalam hidup aku ni banyak benda aku nak buat. Tak kira lah apa pun impian dan cita-cita bagi aku perlahan-lahan kita kejar. Hanya kita tahu siapa diri kita dan apa yang kita lakukan. Sampai sini saja kali ini.


Have a good day dear readers










Friday, July 24, 2015

Review: BABIES BLINK by LYANAS

Well hello people..

Hari ni rajin plak nak main review-review.
Bajet bajet retis la nak main review-review??

Hahaha. Orang kata sharing is caring.
Dah lama sebenarnya nak buat review untuk produk ni tapi kemalasan yang keterlaluan menyelubungi diri. So pada yang tak tahu lagi Produk Lyanas ni.
Sat naa cheq upload gambar produk dia dulu.





Okey. Ni lah namanya SET BABIES BLINK.
Terdiri daripada;

1.Sabun
2. Krim Siang
3. Krim Malam
4. Toner
5. Serum

Okey ini review ikhlas dari hati tau. Lyanas x bayar pun aku untuk ini. (Ni ikhlas sangat ni)
Dari first week pakai produk ni mmg sangat-sangat berhasil. Muka ya ampun flawless gila. Membe pun ramai tegur pakai produk apa. Memang tak segan silu lagi kongsi rahsia. Pakat berebut dorang nak beli.

Sehingga ke hari ni aku rasa hampir setahun la kot pakai produk ni. Asal ada je cela-cela kehangusan je kat muka. Pakai je krim malam dia 2,3 hari. Nahhh glowing gila muka. Ini serius tau.
Aku upload kan aku punya testimoni sendiri.

Kalau di zoom boleh dilihat
penampakan jerawat2 pasir n parut


tak de la flawless sgt. tapi ehh ehh xde dah


Awesome kan? Itu dalam masa seminggu ja tau. Aku rasa BABIES BLINK ni hebat gila.
Hahahaha.. Buat masa sekarang lah. Sebelum ni bertahun-tahun aku setia dengan TIA AMELIA. Putih tu mmg putih tapi jerawat tak hilang. Sampai la aku jumpa BABIES BLINK ni. Aku harap pihak-pihak yang tak bertanggungjawab jgn lah suka-suka hati buat produk fake. Naya golongan yang setia dengan BABIES BLINK mcm aku ni.  Pernah sekali terkena yang fake. Dia punya krim malam. Mak aihh berminyak kemain.

So x nak bebel panjang-panjang. Aku harap korang termakan dengan kata-kata aku pasal aku pun harap korang try produk ni. Aku tak pandai tau buat ayat Boom Boom promote produk mcm org lain tu. Tapi serious its work on me. Kalau korang tak percaya kat aku, korang google lah feedback BABIES BLINK TU. Korang mesti rasa nak try kan BABIES BLINK tu??

Korang bleh whatsapp kat no ni 013-2574465
Boleh terus bagitau nak produk BABIES BLINK, discuss harga then brg akan diposkan.
Jgn lupa bagitahu kau blog reader Cik Kiah. Untung-untung dapat diskaun.

Apa lagi? Try la geng!

Wednesday, April 22, 2015

The Bold Cafe, Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum.

Entry kali bukan nak bercerita pasal Masscomm lagi. Tidak. Tidak.
Entri kali ni aku nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tempat best lepak kat Kelantan ni yang aku baru jumpa.

THE BOLD CAFE
image credit to @RumahNatang
Dimana?

PT 2497 Taman Kenangan, Kg. Cherang, Jalan Hospital,  15200 Kota Bharu
Sebar
Mesti xtau kan kat mana? Ok aku bagi senang fikiran korang lah. Cafe ni sebaris dengan kedai makan SELERA CIK SITI. Betul-betul sebelah Gino Pizza tu..


Awalnya aku dicadangkan dari Instagram @RumahNatang which is one of my friend. Terkejut juga aku bila diberitahu 'coffee house' sebegini ada di Kelantan. Setahu aku hanya ada satu iaitu Arnold Cycling Cafe di KB Mall.

How excited i am. Aku yang sebelum ni kurang minat coffee. Namun setelah di bawa oleh rakanku sendiri. Aku mula minat dan cuba meneroka dunia penggemar Coffee. 

Keesokkan, aku angkut puak-puak aku untuk cuba makanan disana. Aku usulkan cadangan ini pada Ali, Ayon dan Petak yang baru saja sampai di Kelantan. Mereka juga lah yang men-suggest-kan aku cafe ni.

image credit to lostinbermuda.blogspot

image credit to lostinbermuda.blogspot

image credit to lostinbermuda.blogspot

Apa yang aku boleh simpulkan disini iaitu:

# Harga yang berpatutan
           Aku boleh jamin kat KL korang takkan dapat harga yang macam di The Bold Lab ni.
           Yang penting, TAK ADA GST! TAK ADA SERV. CHARGE!

# Makanan dan Minuman 'boleh tahan'

image credit to @alirafiqibrahim


# Tempat lepak yang selesa
           Aku suka suasana kedainya simple and cosy.
# Servis yang ramah
          Perrgghh!

# Tandas yang bersih
          Yang ni A ++



kasi up skit gambar aku and the gang


So korang kalau tak tahu nak lepak mane and rasa nak hipster-hipster sikit moh ler ke The Bold Lab.
Tapiiiii, di Kelantan banyak juga tempat makan lain yang menarik.
Next entry InsyaAllah ada masa aku kasi cerita lagi ah.



NAK TAHU LEBIH LANJUT LAGI? FOLLOW INSTAGRAM DORANG
@theboldlab


Sekian, Wassalam