Assalamualaikum.
Hello people..
Here i am. Back to 'my space'.
Currently 5.30 pm waktu Malaysia, dan aku?
Sendirian di Office.
Yes. Office.
Aku sepatutnya pulang dari pukul tiga tadi memandangkan hari ni adalah hari waktu bekerja separuh hari.
Hari ni juga hari terakhir aku sebagai PELAJAR PRAKTIKAL BAHAGIAN PENERBITAN UMK.
Excited tapi sedih. Tak sabar tapi mahu menunggu. Keliru kan?
Hahahaha.
Jaga-jaga! Entri kali ni akan berlaku sedikit kecelaruan emosi dan kecelaruan bahasa baku.
Bukan salah aku. Gara-gara SuaraCerita!
Ya. Setelah 3 bulan aku disini. Sedar tak sedar.
Hari ni adalah hari terakhir aku bertugas disini.
Tiada lagi untuk aku menggunakan perkataan "mau pergi kerja"
Tiada lagi alasan "penat kerja" untuk ibu.
Tiada lagi kepenatan memikir mau pakai apa ke pejabat.
Tiada lagi rasa terpikul dengan tanggungjawab kerja
Tiada lagi gelaran sinis ibu "wanita bekerjaya" hahaha
Tiada lagi perebutan siapa cepat pergi kerja
Tiada lagi drama-drama
Tiada lagi tempat aku mengusha
Tiada lagi tempat aku melarikan diri dari masalah
Tiada lagi gelak ketawa meskipun lawak hambar
Setiap pertemuan ada perpisahan.
Hati ini mau menangis. Namun dipujuk.
Kenapa perlu ditangisi. Ini hanya baru permulaan.
Permulaan persahabatan yang terjalin.
Yang pasti aku merindui setiap inci sudut memori di sana.
- Pejabat Perpustakaan dan Pengajian Ilmu UMK, Kampus Kota -
No comments:
Post a Comment