Tuesday, April 25, 2017

Kebaikan dan Keburukan Sebagai Agen Dropship

Assalamualaikum

Hairannya sekarang rasa macam banyak sangat masa lapang. Al maklum lah, tak ada job kan sekarang. So kali ni tajuk entry lain sikit dari yang biasa.

Sejujurnya iols mula jadi dropshipper since 2 tahun yang lalu. Masa tu baru masuk degree semester 3. Awal-awal sem acah-acah la macam tak ada kerja sangat. Kononnya lah. Hmmm. So pikir punya pikir why dont try ja dulu. Rasa okey kita on ja. Masa tu memang tak ada ilmu langsung pasal perniagaan. Nak tanya kawan malu. Tapi iols banyak juga membaca tips-tips dari internet. Thank you juga kepada ihsan wifi uitm yang banyak membantu iols duk upload gambar di instagram.

Banyak kali jugak lah iols pikir betul ke apa yang iols buat ni? Kan nanti terganggu segala pelajaran iols nanti. To be honest, dulu iols sangat sangat sangat tak suka kalau berniaga ni. Tak pandai!

Okey now let me tell you guys prons and cons to be an dropship agent:

KEBAIKANNYA

1. Modal Yang Rendah
Yes. Hanya modal serendah beberapa ringgit ja. Itu pun kalau pembekal you mengenakan yuran. Tapi better you cari pembekal yang tidak mengenakan sebarang yuran. Oh ya, modal you hanya untuk subscribe internet ja lah. Mesti amik pakej internet yang murah dan banyak quota. Then, you tak payah susah-susah keluarkan duit you. Bila customer you dah buat bayaran untuk barang yang nak dibeli, baru you order barang itu. Jangan percaya dengan kata-kata

"Boleh tak order dulu nanti i bank in"
   
HELL NO!
Please. Jangan. Sebab macam-macam kes penipuan selalu terjadi sekarang. Trust me. Iols dah kena banyak kali.

2. Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja
Bisnes dropship ni tak ada hal. Sampai ke toilet pun you boleh berniaga as long as you boleh pegang you punya handphone (Tapi jangan la. Buruk perangai)

3. Pelbagai Jenis Produk
Since you tak perlu pegang stock barang, you boleh jual pelbagai jenis produk yang you nak pada customer you as long as you rajin tau. Kalau iols, iols jual barang yang iols minat ja sebab bila kita minat, kita akan tau dengan lebih details apa yang kita jual. Penting tu sebab bila customer you tanya, tu apa? macam mana nak guna? berapa jenis? senang you nak jawab.

4. Sangat Mudah
Gila tak mudah sambil baring duit masuk. Tak perlu punch card, tak perlu masuk office, tak perlu keluar pos barang, packing barang. Apa yang you perlu adalah semangat dan kerajinan yang sangat tinggi.

5. Tidak Perlu Kerah Tenaga
Pendek kata you duduk ja, Just promo your produk and ambil order je.


KEBURUKAN

1. Keuntungan Yang Rendah
Its okey. Baru mula bertatih. Dah pandai promo, customer pun ramai, masyukk. Boleh upgrade jadi pembekal pula. Dan jangan lupa, persaingan you juga sangat ramai. Oleh itu, jangan pernah berputus asa. Bukan senang  nak senang. Ada ups and down juga.

2. Isu Inventori
Maknanya kat sini, bila you mula berurusan dengan orang ketiga, and you tengah aktif berniaga, you akan mengalami masalah nak update stock mana yang ada? stock mana yang dah habis? You kena rajin update stock dengan pembekal you. Tapi, tapi, tapi ada juga pembekal yang pandai. Dorang kasi ja link stock pada you yang auto update. Tekan ja link yang diberi. Semua you boleh tahu. Lagi senang. Pembekal juga kena pandai menguruskan dropshipper mereka.

3. Pengeposan Barang
Contohnya, dalam IG SHOP you jual
          1. Lipstik (Pembekalnya di Melaka)
          2. Contact lens (Pembekalnya di Kelantan)
          3. Pomade (Pembekalnya di Terengganu)

So 3 agen yang berlainan.

At one time, ada satu customer ni nak ketiga-tiga barang ni dan minta pos ke alamatnya ke Kuala Lumpur. You perlu membayar kos penghantaran yang berbeza kepada setiap pembekal.
HATI-HATI. Ini akan buat customer you rasa 'tawar hati' untuk membeli.

4. Kesilapan Pihak Pembekal
Kadang berlakunya customer terima produk yang salah atau rosak atau tidak cukup.
Dalam kes begini pembekal tidak akan disalahkan tetapi KITA yang akan bertanggungjawab. Jadi, pilihlah pembekal yang berkualiti agar tidak menjejaskan reputasi bisnes you.


Begitu panjang lebar penerangannya. Diharapkan you guys yang baca ni faham la serba sedikit mengenai Agen Dropship ni. Honestly, bukan senang tau nak berniaga. Kita rasa macam oh senangnyaaa.. I almost give up tau. I am not try to let you down okey. Tapi i bangkit sebab bila you dapat 2 orang ja customer you akan rasa wahhhh best sebenarnya berniaga ni. Okey semangat. Iols ni tak de lah "berjaya" sangat pun but i still feel like i wanna share this with my reader. Rajin-rajinkan menbaca dan cedok ilmu sebanyak mana pun.

** This entry also credit to Nor Liza Abu Bakar, writer for buku Buat Duit Dengan Dropship. Memang sangat membantu. Thank you.

No comments: