Thursday, November 8, 2012

Debaran !

Assalamualaikum uolls...

Seperti sedia maklum tanggal 9 Nov result student Uitm keluar...Seperti mana orang lain aku juga turut merasakan debarannya..

Berikutan kestressan yg aku alami lalu ku sambar tiga ketul ayam KFC ditambah pula dengan hirupan kuah tom yam yang cukup memerahkan muka ku tanpa perlu memakai blusher..

Tekanan memikirkan result sedikit berkurang apabila aku pun turut mengikut jejak ayah ku yg lena ketika dialisis di kerusi malas yang empuk seakan akan Lorenzo punya sofa..

Oleh kerana teringat result yg bakal keluar esok lalu ku merempuh divider petrol station dan kemudian dgn muka selambanya buat xtahu n memandang seakan akan divider itu yg bersalah sambil membuat muka cover malu dgn pekerja kt situ..

Tidak cukup dengan itu ku panjatkan juga doa buat Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusanku.. Ku tagih doa serta restu ibu dan ayah kerna redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa..Kalau ada rezeki x kemana (ayat nak mudah je)

Mata memberi signal akan berlaku kegatalan lantaran daripada tanda tanda mengantuk.. Bantal dan selimut memanggil manggil seolah olah tidak membenarkan aku untuk meneruskan entri ni.. Katil patah paha bersama tilam yang tenggelam ini seakan akan mengulit.. Bunyi dengkuran manusia manusia di sebelah seperti guruh di langit ni antara lullaby yg baru dicipta..

Bagi yg masih terjaga dan menunggu email hangpa xsah dok loklak.. Biaq pi depa nak antaq jam brapa.. Tomorrow never die naa.. X kuasa aihh nak menunggu mcm dulu2.. Sanggup main paint ball smata mata nak tnggu email masuk... Haihhh teruk bebeno loghat aku ni.. Biaq pi laa.. Mintak diri dulu naaa...

Bak kata orang Perancis..... Selamat Malam... Assalamualaikum...

No comments: