Sunday, April 10, 2011

DIAM BUKAN BEERTI KALAH ATAU SALAH!!

Berdiam diri dari membidas kata-kata itu mungkin ira la tu.. Ira lebih suka untuk berdiam diri dari terus mempertahankan sesuatu. Mungkin inilah sifat semulajadi ira sampaikan kawan-kawan kata ira ni terlalu berlembut.. Itulah kelemahan ira.. kadang kala bicara tidak terucap bila diberi cemuhan dan kata hina yang menghiris jiwa....

Sampai bila ira nk trus gni??? Smpai bila kebenaran ira akan terbongkar jika ira terus berdiam diri????
Tidak ada ruang untuk ira berkata-kata tentang kepentingan ira. Seperti diri ini amat hina dan kalah bila dilempar dengan kata-kata yang ntah pape.. seolah-olah ira yang bersalah..

Ira diam bukan bermaksud ira mengakui kekalahan ira. Bicara dihati berjuta-juta ingin dimuntahkan.. namun... lidah menjadi kelu.. petahku menjadi tawar dan kadang-kadang tidak membawa maksud yang mendalam untuk membuktikan kemenangan untuk diri ira.. akan tetapi..
Sengaja ira membisu,tidah berbahas namun bukan beerti ira kalah.. tetapi... Mencari 1 peluang untuk membuka telinga mendengar kata-kata yang pedih didengar.. semua itu hanya kerana ira ingin mengenali hati budinya...

Segelintir insan mmg begitu sifatnya.. mementingkan diri sendiri tanpa mau mengerti suasana yang ira lalui.. terus menerus menyalahkan orang lain dan menafikan kebenaran demi menyembunyikan kelemahan.. dan ira juga akui, ira insan yang lemah.. sering melakukan kesilapan.. berhentilah menyakiti hati ini.. Kamu dengan jalanmu. Ira dengan haluan ira sendiri.. Namun, kita ttp punya persamaan.. Kita hamba Allah yg byk kelemahannya...

No comments: