Saturday, October 11, 2014

Anak Perantauan : Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..

Hallo people..

 Sekali lagi Raya tahun ni tidak lagi lengkap seperti sebelumnya. Kurangnya insan bernama Ayoh. Masih aku ingat lagi. Tahun lepas disebabkan kesukaran belaiu nak berjalan, Ayoh meminta aku membawa dia ke tempat penyembelihan. Dua tahun lepas, Raya Haji lagi meriah. Menyambutnya bersama-sama saudara mara dikampung.

 Tahun ni, keriangan nak balik raya tidaklah sehangat macam tahun lepas. Aku balik pun sehari sebelum raya. Gigihnya sampai menjahit dalam bas. Yes! i menjahit dalam bas. Korang mampu???

 Seperti biasa perjalanan dr Kuala Lumpur ke Kota Bharu pada musim raya biasanya akan mengambil masa berbelas-belas which is supposed be 8 jam sahaja ye kawan-kawan.
 So this time tak boleh nk mengelak balik dengan flight sebab aku adik beradik balik sesama. Kakak aku belajar di Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras while adik aku blaja di Uitm Puncak Alam. Terrrrrpaksa balik sesama. Kalau tak, memang aku akan cabut balik dengan flight lah sesorang.. Cepat pun cepat. 45 minit jaaaaaa...

 Perjalanan balik kali ni mengambil masa 14 jam. yes 14 jam mau mati rasanya cramp seluruh badan. Balik-balik bangun lepas tu tido. Makan. Tidur balik. Ulang alik macam tu la haiiii.. Bertolak jam 9 pagi sampai 11 malam. Penat Tuhan je tahu. Memanglah bukan aku yg bawak bas tapi kau bayangkan selama perjalanan tu kau duduk je. kalau naik flight nak sampai ke Mekah dah. Ok tak!

Korang yang belum biasa nak pergi Kelantan aku suggestkan naik BAS DARUL NAIM. Bas nya setingkat sahaja which is aku rasa selamatlah sikit berbanding bas yg dua tingkat tu. Harga around RM40 only dear. Aku biasa naik kat Putra tapikan Putra tu mak aaiii panas, sesak dengan orang. haihhh.. Mohon penambahbaikan dr sebarang pihak biar jadi mcm stesen bas BTS.




Kan aku dah cakap. Gigihnya aku menjahit dlm bas.


Jahit punya jahit punya jahit punya jahit..

A
K
H
I
R
N
Y

A
A
A
A
A
A
A
A



Tadaaaa!!
Selamat Hari Raya Awak :)
Okey rasanya dah takde cerita dah.
Ok dah Bai..

No comments: