Friday, March 30, 2012

Post yang ke 200

Assalamualaikum....

Wahh ! da post yang ke 200.. Yabedabeduuu emoticon29!!

Semester 2 berakhir sudah. Kini aku di rumah. Eih, bukan makan tidur ja yea :face10:
Sekarang tengah busy dok wat lesen.. huhuhu.. Kereta n motor. Sumpah riak giler ngan akak sebab dia xde lesen lagi.. Hahahaha.. Akhirnya dapat juga aku mengatasinya.. Wawawa..

So tadi baru habis Kelas KPP selama 5 jam.. Boleh tahan jugak cramp di bahagian-bahagian tertentu yea.. Isnin ni test komputer pula. Sumpah nervous terutama bila bahagian yang buta warna tu. Katanya cikgu x boleh salah langsung, kalau salah kena BLACKLIST terus !

Oh ya ! Thank to Madam Jennifer, sorang pelancong yang aku jumpa masa kat Lcct hari itu. Dijadikan cerita hari itu my flight was delayed so sambil sambil menunggu jam 8, aku ke McDonald untuk beli Coke. Tetiba seorang anak minah saleh ni tertumpah pulak air kat baju aku. Peerrgh! Habis satu gelas plak tu.. Menyirap juga la aku mase tu. Basah bukan dibahagian luar saja yea kawan-kawan.. Mulut kata 'Never Mind' tapi buat muka. (ok aku x patut buat macam tu)
Nasib baik lah kat tandas ada benda alah tu.. Alaaaa.. benda yang keringkan tangan tu.. huhu..
Dengan muka yang amat amat tebal aku buat cerdik je keringkan baju aku kat situ. Agak-agak dah kering aku pun bla.. malu woo orang tengok aku ni macam orang sakai.. Bila aku keluar tu aku di sapa sorang minah saleh ni. Rupanya mak budak itu.. Mak dia cakap sory, sory n sory.. Then dia kasi aku baju.. That was soooooooooooooooooooooo sweet.. Mak dia belikan aku baju Airasia sebagai bju ganti.. Terharu maaaaaa... Thank u soo much :)
Sampai je Kelantan terus ku cerita kat mak n ayah aku. haha.. Diaorang mampu ketawa je.. nasib baik juga Madam tu pandai tengok saiz aku. hehehe..

Oh My ! got to go.. Time for mom's assigment ;)

No comments: