Sunday, May 29, 2011

MassComm???

aku da jd pelajar mass comm sekarang. apa itu mass comm? Semalaman aku research kat internet tentang persepsi pelajar lain terhadap pelajar jurusan mass comm. menurut nya budak mass comm ni jenis happy-go-lucky, sosial sikit. Walau bagaimanapun mereka ramah tambah akak senior tu...

aku mengaku aku ni bukan jenis happy-go-lucky. Saya lebih suka berdiam seribu bahasa dan bercakap bila perlu. tp kdang2 bila mood aku ok, aku gk yg kepoh mcm mak murai.. Namun aku bukan kera sumbang. Bab-bab sosial ni, aku bersosial dari segi fasilitating. Kata orang lain juga, budak mass comm ni paling 'kerek' dan bab berfesyen ni tak mahu kalah. aku lak, kerek tak kerek tu aku tak tahu. Tapi fesyen-fesyen ni-MAAFLAH, aku pakai apa yang ada, apa yang sesuai jnji aku selesa...

Walaubagaimanapun, aku tak nak bagi apa-apa persepsi negatif terhadap pelajar mass comm dan dunia mass comm itu sendiri. aku budak baru belajar. Biarlah semuanya bermula dengan baik dan aku tidak melanggar mana-mana batas aku sebagai muslimah, anak dan pelajar.

p/s: Kepada pembaca sekalian jika anda pelajar mass comm, atau bekas pelajar mass comm saya mengalu-alukan pendapat dan pengalaman anda untuk dikongsi bersama. Terima kasih.

No comments: