Tuesday, December 22, 2015

Dream Come True 1 √

Assalamualaikum..

Sudah lama menghilang di alam maya ini. Kali ni aku kembali merungkai cerita mengenai antara impian aku yang tercapai. Before tu, nak cakap. Mungkin impian antara kita tak sama jadi kalau kau reader rasa
"Elehhhh, ni ja impian kau."

Hmmm, tak semua antara kita yang mampu menggapai mimpi serta impian yang besar tauuuuuu..

Throwback semasa aku sedang lepak di depan Seri Pacific berdekatan PWTC tu. Sambil menunggu ketibaan kawan aku, sempat aku melihat orang-orang VVIP keluar masuk ke hotel tu. Aku tahu hotel itu 5 bintang di mana aku sedar aku takkan mampu tinggal di hotel sebegitu mewah. Lalu aku berkata pada kawan aku tu,

"Huishh hotel ni kalau aku dapat tidur kat sini. Impian jadi kenyataan!"

So 25 October 2015, aku diberitahu oleh Ary, kawan baik aku bahawa mama dengan baba mereka datang ke KL dari Sabah. Sememangnya tiap kali mereka ke sini, aku akan turut membontoti ja. Aku dah anggap mereka tu macam parents aku juga. Lalu mereka menjemput aku bermalam bersama mereka di hotel dimana mereka sudah booking tempat khas untuk aku. Serba salah untuk aku menolak since aku dah anggap Aunty and Uncle dah macam parents aku sendiri.
Ditanya kemana mereka tinggal?

"Seri Pacific Hotel"

SERI PACIFIC HOTEL???

I was like seriously?!



Jadi benarlah. Oleh kerana Aunty dan Uncle. Impian aku jadi kenyataan.
Aku usulkan cerita ni pada Aunty. Ketawa dia.
Katanya Aunty lepas ni kita datang sini lagi.

Tidak Aunty. Dapat merasa sekali pun sudah cukup untuk Ain ni Aunty.
Breakfast like a king. Huhh. Cukup puas hati.
Terima kasih Aunty Uncle kerana merealisasikan impian ini tanpa Aunty sedar.
TERIMA KASIH










Inilah Aunty. Mama nya Ary. Uncle? Malu nk bergambar dgn dia.
hihihihi

Jadi, inilah cerita impian jadi kenyataan aku. Mungkin tidak sebesar bagi anda tapi bagi aku, aku akan ingat benda ni sampai bila-bila. Dalam hidup aku ni banyak benda aku nak buat. Tak kira lah apa pun impian dan cita-cita bagi aku perlahan-lahan kita kejar. Hanya kita tahu siapa diri kita dan apa yang kita lakukan. Sampai sini saja kali ini.


Have a good day dear readers