Tuesday, December 22, 2015

Dream Come True 1 √

Assalamualaikum..

Sudah lama menghilang di alam maya ini. Kali ni aku kembali merungkai cerita mengenai antara impian aku yang tercapai. Before tu, nak cakap. Mungkin impian antara kita tak sama jadi kalau kau reader rasa
"Elehhhh, ni ja impian kau."

Hmmm, tak semua antara kita yang mampu menggapai mimpi serta impian yang besar tauuuuuu..

Throwback semasa aku sedang lepak di depan Seri Pacific berdekatan PWTC tu. Sambil menunggu ketibaan kawan aku, sempat aku melihat orang-orang VVIP keluar masuk ke hotel tu. Aku tahu hotel itu 5 bintang di mana aku sedar aku takkan mampu tinggal di hotel sebegitu mewah. Lalu aku berkata pada kawan aku tu,

"Huishh hotel ni kalau aku dapat tidur kat sini. Impian jadi kenyataan!"

So 25 October 2015, aku diberitahu oleh Ary, kawan baik aku bahawa mama dengan baba mereka datang ke KL dari Sabah. Sememangnya tiap kali mereka ke sini, aku akan turut membontoti ja. Aku dah anggap mereka tu macam parents aku juga. Lalu mereka menjemput aku bermalam bersama mereka di hotel dimana mereka sudah booking tempat khas untuk aku. Serba salah untuk aku menolak since aku dah anggap Aunty and Uncle dah macam parents aku sendiri.
Ditanya kemana mereka tinggal?

"Seri Pacific Hotel"

SERI PACIFIC HOTEL???

I was like seriously?!



Jadi benarlah. Oleh kerana Aunty dan Uncle. Impian aku jadi kenyataan.
Aku usulkan cerita ni pada Aunty. Ketawa dia.
Katanya Aunty lepas ni kita datang sini lagi.

Tidak Aunty. Dapat merasa sekali pun sudah cukup untuk Ain ni Aunty.
Breakfast like a king. Huhh. Cukup puas hati.
Terima kasih Aunty Uncle kerana merealisasikan impian ini tanpa Aunty sedar.
TERIMA KASIH










Inilah Aunty. Mama nya Ary. Uncle? Malu nk bergambar dgn dia.
hihihihi

Jadi, inilah cerita impian jadi kenyataan aku. Mungkin tidak sebesar bagi anda tapi bagi aku, aku akan ingat benda ni sampai bila-bila. Dalam hidup aku ni banyak benda aku nak buat. Tak kira lah apa pun impian dan cita-cita bagi aku perlahan-lahan kita kejar. Hanya kita tahu siapa diri kita dan apa yang kita lakukan. Sampai sini saja kali ini.


Have a good day dear readers










Friday, July 24, 2015

Review: BABIES BLINK by LYANAS

Well hello people..

Hari ni rajin plak nak main review-review.
Bajet bajet retis la nak main review-review??

Hahaha. Orang kata sharing is caring.
Dah lama sebenarnya nak buat review untuk produk ni tapi kemalasan yang keterlaluan menyelubungi diri. So pada yang tak tahu lagi Produk Lyanas ni.
Sat naa cheq upload gambar produk dia dulu.





Okey. Ni lah namanya SET BABIES BLINK.
Terdiri daripada;

1.Sabun
2. Krim Siang
3. Krim Malam
4. Toner
5. Serum

Okey ini review ikhlas dari hati tau. Lyanas x bayar pun aku untuk ini. (Ni ikhlas sangat ni)
Dari first week pakai produk ni mmg sangat-sangat berhasil. Muka ya ampun flawless gila. Membe pun ramai tegur pakai produk apa. Memang tak segan silu lagi kongsi rahsia. Pakat berebut dorang nak beli.

Sehingga ke hari ni aku rasa hampir setahun la kot pakai produk ni. Asal ada je cela-cela kehangusan je kat muka. Pakai je krim malam dia 2,3 hari. Nahhh glowing gila muka. Ini serius tau.
Aku upload kan aku punya testimoni sendiri.

Kalau di zoom boleh dilihat
penampakan jerawat2 pasir n parut


tak de la flawless sgt. tapi ehh ehh xde dah


Awesome kan? Itu dalam masa seminggu ja tau. Aku rasa BABIES BLINK ni hebat gila.
Hahahaha.. Buat masa sekarang lah. Sebelum ni bertahun-tahun aku setia dengan TIA AMELIA. Putih tu mmg putih tapi jerawat tak hilang. Sampai la aku jumpa BABIES BLINK ni. Aku harap pihak-pihak yang tak bertanggungjawab jgn lah suka-suka hati buat produk fake. Naya golongan yang setia dengan BABIES BLINK mcm aku ni.  Pernah sekali terkena yang fake. Dia punya krim malam. Mak aihh berminyak kemain.

So x nak bebel panjang-panjang. Aku harap korang termakan dengan kata-kata aku pasal aku pun harap korang try produk ni. Aku tak pandai tau buat ayat Boom Boom promote produk mcm org lain tu. Tapi serious its work on me. Kalau korang tak percaya kat aku, korang google lah feedback BABIES BLINK TU. Korang mesti rasa nak try kan BABIES BLINK tu??

Korang bleh whatsapp kat no ni 013-2574465
Boleh terus bagitau nak produk BABIES BLINK, discuss harga then brg akan diposkan.
Jgn lupa bagitahu kau blog reader Cik Kiah. Untung-untung dapat diskaun.

Apa lagi? Try la geng!

Wednesday, April 22, 2015

The Bold Cafe, Kota Bharu, Kelantan

Assalamualaikum.

Entry kali bukan nak bercerita pasal Masscomm lagi. Tidak. Tidak.
Entri kali ni aku nak berkongsi dengan para pembaca sekalian tempat best lepak kat Kelantan ni yang aku baru jumpa.

THE BOLD CAFE
image credit to @RumahNatang
Dimana?

PT 2497 Taman Kenangan, Kg. Cherang, Jalan Hospital,  15200 Kota Bharu
Sebar
Mesti xtau kan kat mana? Ok aku bagi senang fikiran korang lah. Cafe ni sebaris dengan kedai makan SELERA CIK SITI. Betul-betul sebelah Gino Pizza tu..


Awalnya aku dicadangkan dari Instagram @RumahNatang which is one of my friend. Terkejut juga aku bila diberitahu 'coffee house' sebegini ada di Kelantan. Setahu aku hanya ada satu iaitu Arnold Cycling Cafe di KB Mall.

How excited i am. Aku yang sebelum ni kurang minat coffee. Namun setelah di bawa oleh rakanku sendiri. Aku mula minat dan cuba meneroka dunia penggemar Coffee. 

Keesokkan, aku angkut puak-puak aku untuk cuba makanan disana. Aku usulkan cadangan ini pada Ali, Ayon dan Petak yang baru saja sampai di Kelantan. Mereka juga lah yang men-suggest-kan aku cafe ni.

image credit to lostinbermuda.blogspot

image credit to lostinbermuda.blogspot

image credit to lostinbermuda.blogspot

Apa yang aku boleh simpulkan disini iaitu:

# Harga yang berpatutan
           Aku boleh jamin kat KL korang takkan dapat harga yang macam di The Bold Lab ni.
           Yang penting, TAK ADA GST! TAK ADA SERV. CHARGE!

# Makanan dan Minuman 'boleh tahan'

image credit to @alirafiqibrahim


# Tempat lepak yang selesa
           Aku suka suasana kedainya simple and cosy.
# Servis yang ramah
          Perrgghh!

# Tandas yang bersih
          Yang ni A ++



kasi up skit gambar aku and the gang


So korang kalau tak tahu nak lepak mane and rasa nak hipster-hipster sikit moh ler ke The Bold Lab.
Tapiiiii, di Kelantan banyak juga tempat makan lain yang menarik.
Next entry InsyaAllah ada masa aku kasi cerita lagi ah.



NAK TAHU LEBIH LANJUT LAGI? FOLLOW INSTAGRAM DORANG
@theboldlab


Sekian, Wassalam

Tuesday, April 14, 2015

MASSCOMM: Tips Temuduga untuk Jurusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media

Assalamualaikum...

Seminggu dua berdesup email masuk bertanyakan tips mengenai temuduga nanti. Yeayy! Keputusan UPU dah keluar kannn.. Tahniah tau kepada sesiapa yang berjaya dapat temuduga untuk kos Masscomm Uitm ni. Sebelah kaki anda sudah pun berjaya dalam Masscomm (apa ayat keling sangat ni). Mesti ramai yang mula tidur sambil tertonggeng, makan tepi peti ais, bercakap dengan tv, mandi dalam sinki.

Sebab apa?

Sebab nebes lahai nak interview ni hujung minggu ni. Kata orang masuk bilik interview ni macam nak gi berperang (Tak payah nak hiperbola sangat kan aku hempuk hang).

By the way, thanks kepada yang sering berbalas email. You know who you are. Happynya dapat good feedback dari korang yang betul-betul minat Masscomm ni. Tak sangka jugak ramai betei. Okey tak nak bebel panjang kan nanti kena bash (jangan bash saya. Saia Tad Kuat Awaaa)

First sekali of course lah dari segi PEMAKAIAN kan. Tak tahu nak pakai apa? Pakai baju tidur je (k tak. lawak hambar) Apa lah korang ni fening-fening pikir nak pakai apa. Mestilah pakai-pakaian sopan deknon bangnon ooii. Yang lelaki aku tak risau sangat. Yang perempuan yang MasyaAllah sangat. Macam-macam ragam lahai. Belit tudung dari depan ke belakang, dari atas ke bawahlah. Fening!

Untuk lelaki cukuplah sekadar seperti dalam gambar ni,

Credit to sakuraituindah.blogspot

Naaaa pakai macam ni sahaja untuk lelaki baru lah handsome (merembes semua perempuan. Tak percaya tanya makwe hang!) Nak ikut kaler macam gambar ni pun okey.

Kemeja + tali leher + slack + belt + kasut hitam bertutup.

Sejuk je mata aku memandang.
Haaaa rambut? Korang yang lelaki jangan nak acah-acah libas rambut macam perempuan (aku libas hang nnt!) ataupun rambut macam pokok krismas okey. Kemaskan rambut tu. Yang panjang pegi potong kasi kemas. Style apa? Jangan ikut style rambut sejemput SonaOne plak (aku tanya apa khabarrr).

Untuk kekakak-kekakak semua, personally recommend pakai BAJU KURUNG.
MasyaAlah sister-sister semua kalau pakai baju kurung sejuk juga mata. Sopan dan ayu angat. Bergetar habis tulang-tulang rusuk kaum Adam sekelian. ('Adakah ini Zaujahku?' kata mereka.)
Kalau ada yang cakap mcm tu mohon lempang dia ye. Bukan nak mengorat ok, Kita nak pergi interview. Dah! Jauh menyimpang!

Bagi yang bertudung, sebaiknya pakai macam ni tau


Antik angat
Silang macam cikgu-cikgu tu. Tutup dada. Letak pin comel kanan kiri,  MasyaAllah comel dan kemasnya!
Kalau bolehkan kawan-kawan sekalian, kita pilih tudung jenis bawal tau.

Sebab apa?

Sebab nanti kalau dah tengah sibuk kesana-kemari, tudung kita masih lagi kemas. Incase lah kalau pakai selendang lilit 7 kali, tengah neves kan bak datang lah pulak peluh sejuk mula lah terlurut habis belitan-belitan maut tu tak ke naye?
So aku sarankan TUDUNG BAWAL but still up to you guys.

Bagi yang free-hair pulak aku kalau boleh nak korang pakai tudung jugak. Cantik tau pakai tudung. Super duper kemas. Psstt! Kelemumur pun x nampak tapi kalau yang rasa

     "hello, i cantik okey kalau freehair', (sambil libas rambut)

Okey. Boleh. Kemaskan rambut hang. Kemaskan macam mana? Ikut suka hati. Jangan sampai rambut masuk mulut plak bila nak jawab soalan tu.

Bagi yang
    "Alaaa i tak biasa la pakai baju-baju kurung ni. Panassss", (dia sebenarnya nk minta pelempang kapit dengan aku tu. Ok tak gurau jangan marah)

Boleh je kalau tak nak pakai baju kurung. Boleh juga pakai baju yang ala-ala keparat korporat gitu.
Contoh?

Lebih kurang macam ni la. Suaikan. Padankan.
Zantikkknyaaa


Kasut?


KASUT INI MACAM YA KEKAKAK SEMUA
Tak nak tau pakai kasut macam ni
DO NOT!


Yang ni pun tak boleh. Tak mau! Tak mau!
DO NOT!


DOKUMEN?

Segala jenis dokumen mesti LENGKAP! 
Semua sijil-sijil dari Tingkatan 3 masukkan dalam file. Alaa file yang ada plastik each page tu. Susun betul-betul tau seperti mana dalam arahan yang diberikan. Jangan messy-messy please.


Office Files. Yang kat dlm ada plastik tu.
Nampak x kegigihan aku sampai file pun tunjukkan skali

Okey. Next!
Persediaan dari segi ilmu pengetahuan pulak. Ini part paling penting okey. Dah jangan pandang kiri kanan lagi. Kau tenung je skrin kau sekarang. Apa yang bakal aku cakap ni jangan bagitau orang lain tau, janji!

Sebenarnya entri lepas aku dah cakap tau benda ni tapi aku tau korang ni sebenar malas nak gocek godek, nak skrol aku punya entri so tak pe aku ceritakan balik kat sini.

Untuk interview Masscomm ni terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi temuduga secara esei (menulis) dan interview secara oral (cakap).

IN ENGLISH PEOPLE! YEAH IN ENGLISH!

Untuk bahagian esei, korang akan dimasukkan dalam satu bilik lebih kurang dalam 30 orang. Sesi penulisan mengambil masa dalam 30 minit seingat aku. Sory lumrah manusia okey ingat-ingat lupa ni.

Aku ada juga bertanya dari candidate tahun-tahun lepas and mostly untuk soalan esei ni sama saja tiap-tiap tahun. Tak banyak soalan pun. Satu soalan sahaja dengan 250 patah perkataan. 
Baiklah. Soalan yang biasa keluar adalah:


APA YANG ANDA TAHU MENGENAI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA ?
(not exactly like this soalan dia tapi lebih kurang begini lah tu bunyi dia and dalam Bahasa Inggeris tau)

Haaaa dah tahu kan soalan dia. Pandai-pandailah cari tahu jawapan dia.
Sebab aku sayang korang, aku bagi lah lagi bahagian apa yang korang kena highlight.

1. Menteri komunikasi dan media.
2. Apa tu Masscomm?
3. Kenapa minat Masscomm?
4. Masscomm terbahagi kpd 8 major. Apa dia?
6. Beberapa tahun lepas, Masscomm ada mengeluarkan 1 lagi course baru which is New Media and Enterpreneurship (MC111). Cari tahu sikit pasal tu. 
5. Prospek kerjaya bila amik Masscomm?
5. Semua pasal Masscomm.


Korang tunggu cari jawapan saja. Please please please ringankan diri google tau. Xmau malas-malas. Untuk masa depan hangpa jugak.

Bila selesai je bahagian esei, maka bersedialah wahai calon-calon sekelian untuk dihadapkan di depan penemuduga. Neves la kan? Hahahaha..
Jangan risau. Jangan nebes. Relax brotha relax.
Untuk panggilan masuk ke bilik temuduga biasanya akan dipanggil MENGIKUT ABJAD NAMA. So korang bersedia lah.

Boleh tengok lah nanti bila part menunggu kena panggil ni lah macam-macam ragam ada. Ada yang tetiba cirit lah. Ada yang tetiba nak balik lah. Ada yang meroyan lah. Sakit perut lah. Lapar lah. Berpeluh sejuk. Masa ni lah korang perlukan pendorong. Minta dorang berikan semangat dan doakan untuk korang. Siapa? Ibu bapa. Jangan dilupa juga pada yang Maha Esa. Jangan berhenti berdoa dan menyebut kalimah suci kerana Dialah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.


Apabila nama korang dipanggil baca Bismillah dan cuba tenangkan diri. Dorang x makan kau jangan risau lah. Jangan lupa BAGI SALAM then bagi lelaki HANDSHAKE lah dengan lelaki bagi yang perempuan HANDSHAKE lah dengan perempuan. Kemudian SERAHKAN FILE pada dorang dan DUDUK APABILA DISURUH DUDUK. Bagi perempuan JANGAN BAWA HANDBAG ye dalam bilik, BAWA FILE SAHAJA.

Biasa soalan cepumas akan ditanya which is:

PLEASE INTRODUCE YOURSELF.
Korang kalau tak boleh jawab ni aku mohon pergi hantuk kepala la weyy. Cuba sehabis boleh speaking in English. Malam before interview tu practice dulu. Bahasakan diri penemuduga tu SIR OR MADAM. Kau jangan selamba badak je panggil dorang cikgu. Zaman sekolah dah habis bhai

Melalui pengalaman aku, seterusnya aku diajukan soalan ISU SEMASA dalam surat khabar. Then dia tanya siapa aku punya idol aku. Tak dilupakan korang akan ditanya KELEBIHAN YANG ADA DALAM DIRI korang tu untuk melayakkan diri dalam bidang Masscomm ni. Jangan terkejut apabila dorang suruh kau menyanyi, berlakon or what so ever. Be confident. Aku nak korang CONFIDENT je and SPEAK IN ENGLISH. Kalau tersasul sikit-sikit tu boleh la. Dimaafkan.
Sebelum habis interview tu, jikalau korang diberi peluang untuk say something before keluar cakap lah kat depan Thank You for give me this golden opportunity (buat ayat sendiri). Pastu bagi salam dan keluar dengan bergayaaaaa! Yeayy!

By the way jangan lupa kenal-kenal orang sekeliling yang sama-sama interview. Ambil contact dorang mana tahu sama-sama dapat boleh la pergi sama-sama. Jangan lupa jugak lah bila calon lain keluar dari bilik interview, hangpa cubalah tanya, gocek godek soalan apa interviewer tanya kat dia. Halamakkk tu pun kena ajar ke?!


Last sekali, masa yang ada ni jangan buang masa. Buat SOLAT HAJAT sekerap mungkin. DOA untuk diri sendiri. Minta ibubapa doakan kita sekali. Bukan sampai hari temuduga je. Sampai dapat tahu result and sampai bila bila lah.  Kita merancang Tuhan yang menentukan. Kalau kita ikhlas, InsyaAllah Dia akan permudahkan. Turun dari rumah tu jangan lupa baca ayat-ayat suci and kalau boleh ambil wuduk. Korang umpama nak pergi berperang tau. Berperang untuk masa depan sendiri. Tiada siapa boleh bantu kita. Diri sendiri sahaja.

I WISH U ALL THE BEST PEOPLE.


So, anyone?

Kalau ada pape yang tak faham atau nak tanya hangpa boleh email aku

ain.syahirah@yahoo.com

I would love to help you guys. 

InsyaAllah berdesup aku reply.


Bloopers!

Lain yang aku cari. lain yang pulak yang keluar.
Mencik!!!