Friday, April 27, 2012

Result !

Assalamualaikum wahai reader n also silent reader.. (ada ker)


Seperti yang digembar-gemburkan seumpama gosip panas Zarina Ann Julie, maka tiba juga lah hari yang paling di takuti di geruni bagi siswa dan siswi UiTM. Apa lagi kalau bukan hari pengumuman result..

Aku juga seperti orang yang lain berlagak cool namun dalam hati siapa yang tahu. Makan x kenyang, tidur terlebih lena, mandi pun jarang-jarang namun muka nampak cool saja..

Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Muka still cool lagi sambil dok melopong tengok movie Thai.. Tiinngg ! Toongg ! Tiinngg ! Toonng ! Berbaris news feed facebook n tweeterrrr masuk.. Semua senior-senior dok sibuk update status pasal result n bye-bye kat UiTM (sedeyh!) Aku pun pelik lah. Asal aku xdengar bunyi email masuk lagi.. Tunggu punya tunggu sampai bermimpi kena kejar kat kerbau! Tiba-tiba jatuh tergolek pulak.. Dengan jatuhnya bergolek itulah aku tersedar n terus memandang skrin yg sudah kegelapan tanda sleep.. (dalam mimpi rasa laju lak aku lari)
Ku restart balik dengan harapan ada email masuk.. Tapi hareeemmmmmm ! Jeling-jeling Fb lah kejap..

" Hangpa Check balik email sem lepaih..tngok dia dok mai pukui brapa..lepaih 2..hangpa pi tidoq..mangkit balik lepaih waktu result hangpa keluaq..hangpa dok tunggu bagai nk gila pasai pa? "

Begitulah status seorang kawan.. Termenung aku seketika.. Betul jugak kata kawan aku ni.. Lantas ku shut down n bergulung dalam selimut selagi boleh.. Dah rasa-rasa nak ke ambang mimpi tu tetiba pulak handphone bergegor kat tepi bantal.. Aduhh ! Spoil ! Menjadi tabiat aku bila handphone bunyi tu automatik amik phone !

"Beb ! Check email ! " (by shida shidot)

Tengok msg tu yang nak buat aku sawan.. Adoii ! Ku biarkan msg tu. Pejam mata... 10 second kemudian bangkit balik.. Bukak balik laptop..
Bertemankan suara dengkuran sepupuku serta bunyi hidungnya yang tersumbat dek kuasa aircond sejukbeku bilik, aku memberanikan diri.. Cuak gila kot !

Email dah dibuka tapi tangan di skrin belum di alihkan..

YAHOOOOO ! ALHAMDULILLAH..

Target tercapai !!

Jam menunjukkan pukul 5 pagi.. Tetiba terpandang kalendar.. Mampuih ! Aku keje pagi rupanya.. Akhirnya mata terpejam sambil bibir tersengih..

Keesokkannya................................

Pagi-pagi dah dapat mesej..
"Nak keje ke x nak?? " (by majikan kesayangan)

Maka... bergegarlah kediaman Encik Darus dan Puan Normadiah dengan teriakan anak keduanya yang lintang pukang bangun untuk pergi kerja yang sememang sudah lewat selama 2 jam sampaikan terlupa handphone, purse, bekalan makanan serta helmet. Memang kalau kena saman memang aku serah diri dah.. Ibu ku hanya mampu gelak sinis saja bila melihat kelintangan kepukangan aku. Katanya aku harus mendapatkan jam loceng yang menggunakan fungsi mengetuk kepala. (=.=') Yang x boleh terima minum air sejuk je pergi keje..
Sadis ! Sadis !




Tuesday, April 24, 2012

Esok Gaji !

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah seminggu kerja.. Akhirnya......


ESOK GAJI !!!!!

hehehehe.. Baru ja planning nak gi Kbmall kununnya nak spend duit gaji tapi hampeh semua rancangan cancel !
Ok ! Nampaknya itu petanda suruh simpan duit kot.. Awal-awal lagi bagitau mak bila duit gaji dah cukup terus nak beli handphone baru sebab da tau da mak x kan support duit dia kalau bab gini nih.. huhuhu.. Xpa..

Esok mak kata dia pun gaji esok so selamatlah duit hamba untuk perbelanjaan kali ni. Plus, mak pun xtau aku dapat gaji esok.. Hehehehe.. Bila dia tanya baru bagitau lah..


Notakaki :
Untungla akak da beli handphone baru tapi nangis jugak.. Adoyaiii..
:face53:


Friday, April 20, 2012

Ujian Allah !

Assalamualaikum....

Satu tragedi terjadi semalam di mana mengubah hidup aku.. Tiada lagi gelak tawa. Hanya mampu menangis dan termenung. Andai masa boleh undur, aku akan lebih berhati-hati. Namun aku bersyukur masih lagi bernafas.

Dimana kakak dan adik hendak mengadu domba ? Ketika inilah mereka diperlukan. Tolonglah pulang. I need u guys. Need ur hug.

Ya Allah.. Kuatkanlah aku menghadapi ujianMu.. Bantulah kami mencari pesalahnya. Hukumlah dia dengan hukuman yang setimpal. Tidak aku rela apa yang dia lakukan padaku.



Wednesday, April 18, 2012

Rasa Kerja !

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Dah dua hari kerja. Walaupun penat tapi xpe. Mak kata kerja apa yang x penat. Lagipun aku nak cari pengalaman sendiri. Sekarang baru aku tahu betapa penatnya nak cari rezeki. Lagi-lagi menunggu hari gaji. Mak ada juga kata, dia x paksa n x suruh pun kerja kalau rasa penat berhenti je la. Tapi rasa macam LOSER sangat-sangat !

Lesen L dah dapat tapi cikgu x panggil pun lagi.. Pedehal ??
Memang la lesen da dapat tapi selamba badak je naik motor x pakai topi. hehehe.. Bukan apa. Sebab dekat..

Hari ini hari paling penat.. Lepas balik keje terus pergi KB beli baju sekali survey handphone baru. Then, balik balik je bilik umpama tongkang pecah. Ada pasang aircond pula aihh.. Kemas pula bilik. Decorate balik bilik. hehehee.. Macam bilik baru pula..

Ok ! motor bocor.. i'm dead tomorrow !
Dapat berita cuti nanti akak bawak kawan datang umah.. Ohsome !!!


Monday, April 16, 2012

Part Time !

Assalamualaikum...




Alhamdulillah.. Baru je semalam texting dengan akak bincang nak beli handphone baru. Nak menggantikan telefon aku yang amat klasik sudah tu. Tapi akak cakap simpan duit sendiri untuk beli handphone. Do not use PTPTN MONEY haa..

Yaaa.. Jangan salah guna duit ptptn yea kawan-kawan. Duit tu hanya untuk belajar saja.. So, i told her cam ne nak kumpul duit.. Duit pun x masuk. Nak buat part time pun xtau nak keje apa.

Keesokkan iaitu pagi tadi.. Celik-celik mata je ada msg akak. Dia forward msg kawan majikan dia dulu.. Peerrghh ! mata yang mengantuk terus celik besar.. Nak pekerja part time rupanya.. nasib baik lah dekat je dengan rumah. 2 minit je dari rumah. Gaji tu nak kata lumayan tu tak la juga tapi bolehlah daripada duk makan tidur je kat rumah ni.

So tadi pergi jumpa tauke dia, alhamdulillah aku da boleh start keje pagi esok..
Di sini aku bekerja <Musafir Inn>
Wish me luck !

Have a nice day reader
:face64:

Sunday, April 15, 2012

Welcome Back !

Assalamualaikum...

I m back
buekk


Alhamdulillah setelah 10 hari blog ni under construction akhirnya dibuka semula.. Hari-hari teringatkan blog ni tapi xtau lah. Tak tergerak hati lagi nak buka dan akhirnya hati telah dibuka begitu juga blog ini.. Sibuk menguruskan blog mak n 2 blog lagi.. Al maklumlah semua dah nak berblogging dah.. Kalah aku kali ni.
Blog aku da berwajah baru. Ala-ala gurlish sikit but never mind lah. My taste !!

Lagu pulak tarok lagu yang ala ala feeling sikit.
Tajuk lagu ni FOX RAIN ost MY GIRLFRIEND IS GUMIHO... Sory lagu x boleh di 'pause'kan.. Dengar je lah ! Seriously lagu ni touching gila. Bagi a
ku lagu ni menggambarkan kegembiraan pun ada nak menggambarkan kesedihan pun ada. So, bila aku tengah nangis then dengar lagu ni makin lajulah air mata tapi bila tengah happy dengar lagu ni happy tak hingat dunia !

Lepas tu ada kelopak kelopak ros pulak tu.. Aiiseyyymannn.. Feeling kan... Yes ! I put it bcoz i like rose especially pink rose bcoz smell so good lah ! My sis like white rose tapi hampeh xdak bau aih..

Header ! Act gambar untuk header tu banyak tapi xdapek upload.. Besar sangat.. Xpe lah kan nak buat macam mana.

Terima kasih juga buat insan-insan yang selalu menjawab pertanyaan aku setiap kali aku bertanya pasal blog. Dan juga x lupa pada blogger-blogger yang rajin buat tutorial.. Cayalahh! Rajin betul diaorang tu.. X mampu la aku ni..

Selamat Berblogging juga buat my lovely mother and my beautiful aunty..

Mom's blog tu adalah salah satu assigment bagi matapelajaran ape ntah. Maklumlah dia amik PJJ so teramat-amat busy sampai aku pun terheret sekali untuk menyiapkan tugasannya.
Aunty's blog pula mungkin dia nak luahkan perasaan rindu terhadap suami, anak-anak dan juga familinya disini since dia berada nun jauh disana.. Di Riyadh sana.. Buat apa lagi.. Kerja maa.. Cari makan tapi xpe.. KAYA ! hahahaha. gaji mahal wooo.. 3 bulan gaji cukup untuk beli sebuah kereta. Teringin juga nak kerja macam tu tapi jauuuhhhhhnyaaa...
That's all for now

Have a good day everyone :9:




Friday, April 6, 2012

Thursday, April 5, 2012

Lelaki itu Susah !


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar.

girl Ain