Tuesday, January 31, 2012

Andai Dia Tahu !

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love
u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana
kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Sunday, January 22, 2012

Party !

Hey, Hai

Currently at Terminal Bas Bersepadu n blog ini diupload dengan menggunakan wifi disini.. Wah ! agak laju juga lah.. terima kasih TBS.. huhuhu..

Sekarang aku bersama Ari n beberapa rakan yang lain. Sedang menunggu ketibaan bas untuk balik Melaka. Sedih betei.. Dah la balik Kl paling last skali lepas tu kena balik Melaka paling awal plak tu.. Apakan daya.. Tiket bas xde dowh.. Yes ! Cuti kali ini aku x balik Kelantan. Sebabnya ada banyak hal so kalau balik pun xsempat nak panas punggung bak kata orang.. hahahaha..
Lagipun perjalanan dari Kelantan ke Melaka jauh kot.. 10 jam.. 1o jam dalam bas rasanya begitu seksa tau x.. hurrmmm.. x apa lah. mungkin juga bila member akak aku kahwin nnt kami akan balik lagi walaupun terpaksa skip kelas. Xmau ketinggalan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan baik kami...

Oh yaa.. Bercakap pasal perkahwinan.. Membe akak aku ni baru 21 umur nya tapi dah kahwin.. Benda baik x elok ditangguh2kan.. Mendengar berita itu akak aku bukan main menggedikssss lagi mau kawin juga.. hahaha.. ye la.. sapa x mau kawin kot.. Lagipun membe akak aku tu study kat mesir n bakal suaminya juga study kat sana. So, molek juga dipercepatkan..

sudah ! sudah ! lari tajuk bhaa....
Semalam aku di rumah Cik Ngah kat KL. Kak ayu, my kazen ajak pi kenduri. Ingatkan kenduri kawin tapi bila sampai ja sana tengok semuanya India-Muslim..
i was LS !!!! Like Seriously !!
Alhamdulillah, aku lihat majoritinya bertudung cuma satu saja kemusykilan aku. Katanya menyambut hari jadi anaknya, lepas tu kesyukuran anaknya dapat result cemerlang dan juga 2 orang anaknya selesai berkhatan..

Then, apa gunanya pelamin di suatu sudut rumah itu ??????

Rupanya pelamin tu untuk anaknya yang berkhatan. Tetiba ada pula upacara seakan-akan menepung tawar.. Bingung aku menengoknya.. @_@

Anak yang menyambut hari jadi dihias umpama flower girl.
Anak yang dirai mendapat result cemerlang seakan pengantin perempuan..
Yang berkhatan pula seakan pengantin lelaki gitu...
Wahhh.. meriah sekali ..
Kemudian kami dihidang dengan nasi briyani..
Nampak sedap tambahan pula tengah lapar.. Ku suapkan ke mulut.. terpejam mataku serapat-rapatnya..
Dalam hati meraung..

MASIN !!!!!!!!!!!

Ku capai air sirap untuk menghilangkan rasa perit di tekak..
"Air sirap ke air gula nie??" bisikku dalam hati..
Peerrggghhhh ! Usai makan kami segera balik sebab hari sudah malam.. Lagipun kami ke sana dengan motor jaa..
So, as conclusion-nya.. Majlis itu agak meriah jugalah.. First time kot pi majlis kenduri India-Muslim...

Notakaki:
**Xde gambar untuk diupload sebab telefon aku ni sahkan kamera, lubang kamera pun xde. Harap maklum..

OK,BAI

Saturday, January 14, 2012

Tumpang Tidur !

Assalamualaikum....

Based on entri yang lalu.. Yes.. I m still in IPG ILMU KHAS kat Cheras nie.. My sis study here..
Actually, aku dari rumah Mak Cik aku kat Gombak then lil bit problem happen so terpaksa lah bermalam kat sini.. Well... Its not easy untuk masuk tumpang tidur kat sini. Terpaksalah akak aku col orang tu orang ni.. N lastly terima kasih banyak-banyak kat Ustaz Jai sebab benarkan aku stay here for a while.. Sebelum sampai sini, aku n sis dari Masjid Jamek untuk selesaikan hal then baru lah datang sini. Agak-agak Maghrib jugak lah baru sampai.. Then, baring-baring.. Rehat-rehat jap... They invite me to go dinner kat Velo.. Me, My sis, Sis Murni, Sis Leona, Bro Yusry n dua lagi kawan Sis Murni.. Lepas tu terserempak ngn Cikgu Jiwang.. Hehehe.. Hanya mampu tersenyum saja. Malu lah pulak nak tegur.. huhuhuh..
Lepas makan, akak ajak jalan-jalan kat downtown jap..

Seriously, student kat sini ramah orangnya.. Mereka menerima kehadiran aku kat sini dengan senyuman yang lebar sekali..
Alhamdulillah..

So, esok i m gonna back to Malacca.. Around 10 maybe.. after breakfast.. Tapi kata akak aku dia ada kerja apa ntah esok.. Mungkinkah aku akan join sekali ?? Ntah laaa...
Kak Zierah lak ajak pi jogging kat taman.. Pagi lak tu.. huhuhu.. Jogging pakai jeans ??? Hurrrmm... Tengok lah dulu cm ne..
Akhirnya dapat juga merasa kehidupan sebagai student maktab walaupun permohonan nak masuk maktab ditolak.. Hahahaha..Ceewaahh ! Lebih-lebih lak..
Thats all for now ! Spend time untuk akak plak yea..
K,bai

Assalamualaikum....

IPG ILMU KHAS, CHERAS !

Currently at IPG ILMU KHAS, Cheras..

hehehehe..
Buat apa kat sini ??
Ada la..
Jap gi nk pi makan kat Velo ke Veli apa ntah..
K,bai...

Tuesday, January 10, 2012

Ponteng !

Assalamualaikum....

Ehem2.. Buat julung-julung kali nya sem ni aku ponteng kelas.. I m not feeling well today.. Pagi tadi pun rasa sakit-sakit badan tetapi ku gagahkan jua sebab hari ni jadual pack. Kelas lak banyak. So, azam nya kalau boleh sem ni x nak skip kelas langsung..

Tapi tadi disebabkan aku siap awal atau acik yang siap lambat, terpaksa lah menunggu acik iron pashmina lepas tu nak belit-belit lagi.. Aku mendengus sambil buat muncung itik sambil juga menggigit dengan penuh rakusnya roti bakar sambil menunggu dia membelit tudung nya.. Bape manyak sambil daaa...

Jam menunjukkan 8.20.. Kelas Bel bermula 8.30.. Aku mula resah gelisah seperti cacing kepanasan gara-gara menunggu di tengah panas.. Perjalanan ke kelas mengambil masa setengah jam kot paling minimum...
"Lewat lah aku kali ni ", bisikku...
Tunggu kan lewat, kalau x tunggu kan merajuk.. Haishh..
Gara-gara kelewatan, mereka mula lah memecut meninggalkan aku.. Menyedari lututku x membenarkan untuk memecut, ku rela diriku ditinggalkan n aku maintain gear 4..
Pendakian bermula, jarak semakin jauh.. Mereka semakin laju atau aku yang terlalu slow.. Titisan titisan masin mula berbintik-bintik di muka. Aku cuba pandang ke belakang.. No one there. Barulah aku mulai sedar mungkin aku pelajar paling last sekali ke kelas hari ni..

Masuk je ke kelas, ku mohon keampunan dari lecturer aku atas kelewatan.. Lepas tu bila kawan-kawan tegur aku hanya mampu tersenyum dan mengangkat tangan sahaja namun mereka memahami kepenatan n kemengahan ku.. Untung juga mineral water sentiasa dalam beg. Hampir separuh juga ku teguk.. Beberapa minit aku menyedari badanku terasa sejuk sampai ku tulang namun aku berpeluh.. Somethim wrong somewhere kalau dh aku macam tu... Mata ku berpinar-pinar, kelas ku mulai berpusing. Aku mendengar namaku diseru-seru...
Oh rupanya namaku diseru oleh lecturer untuk speaking test..
I got the title "If I Was Ghost, I Will ............ "
Bapak ah senang kan kan kan ???
Malang sekali ketika itu otak ku mula membeku. Hanya beberapa point sahaja dapat ku huraikan..
By the end of class.. I was told that one class will be cancel..
Umpama ada rama-rama dalam perut.. Then, acik cakap i should back to room.. Kalau duk lam kelas pun x kan masuk juga lam otak since its writing class who is very-very boring tahap dewa.. Maka, dengan lenggang lenggoknya aku berjalan pulang ke bilik.. And now waiting for tindak balas panadol soluble..

Notakaki :
** Melaka ni asal lah panas sangat. X hujan pon. Tengahari punya lah panas terik sampai kulit kaki pun hangus. Malam sejuk lak..
** Mohon dijauhkan dari sebarang gangguan makhluk halus since badan pun x berapa kuat and histeria semakin menjadi-jadi di kolej aku nie..
** Going back to Key El this weekend visiting my grandma n my sis..
** Koko petang nie !!!! Taekwando !! Ouhh..mungkin skip jugak kowt..

Monday, January 9, 2012

Imam Ku !

Wahai calon Imamku yang akan bertakhta di hatiku..

Jika engkau mengharapkan harta, aku pasti mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti mengecewakanmu kerana aku hanya wanita biasa dengan ketakwaan yang biasa saja dan kecantikkanku pun tak layak untuk di sebut..

Namun, aku adalah wanita akhir zaman..

Yang ingin berusaha menjadi wanita solehah..

Yang akan berusaha mengabdi pada Imamku..

T-shirt !

Kite kan.. Kite kan.. Kite kan...
Kite ada baju nie..
Tempahan ekslusif !!
huhuhu..
Tapi sayang lagi nak pakai plus tali untuk gbr kasut tu x beli lagi..
Itu lah istimewanya baju ni. Gbr nya kasut je tapi talinya tali kasut real..
hohohohoho !!!

Saturday, January 7, 2012

Kemahiran Insaniah !

Hey, Hai...

Sssttrreeettttt !!!
Haaa... Tu diaa haihhh !!
Selsema lah.. Ishhh ! Mencik tau bila dapat selsema.. Adooi..

Malas betei skrang ni nak update blog.. Tambahan lak Internet cam gampang !
Oh ya.. Tadi all masscommers part 2 n tidak ketinggalan juga student course len2 kena hadir Kemahiran Insaniah. Aku pun xtau nak explain camne Kemahiran Insaniah ni meskipun membe aku da berkali-kali cakap.. Yang aku boleh bagitau akan ada ceramah lepas tu pergi ke kelas then ada Latihan Dalam Kumpulan..

So, sem kali ni amat berbeza dari tahun lepas di mana kelas aku di anak tirikan.. hahahaha...
Ok.. I mean.. Xde lecture.. Jadi, kami terpaksa lah berpecah untuk masuk ke kelas orang lain.. Mase tu cuak jugak lah memandang aku pun x berapa nak mesra dengan budak-budak kelas lain... Nak x nak.. Face it !
Dari kelas F , i need to move to class E which is Ari punya kelas.. Bukak je pintu, semua orang bersorak menandakan menerima kehadiran aku, Acik, Shida, Amir n Zombie.. Aaaishh.. Malu giler !! Tapi sorakan itu memang sudah biasa dikalangan masscomers.. Biasalah.. Masscomm.. X kecoh x sah !

Then, ada ke patut diaorang suruh duduk kat tengah2 bulatan tu... Haishh.. memang x la aku nak g duduk kat tengah-tengah tu. So, we juz pekakkan telinga..

First activity, macam biasalah... Kenalkan diri.. Baru aku perasan agak ramai juga lah student dari Kelantan yang aku x kenal..
Then, kami diberi arahan untuk melukis gbr muka sendiri and list kan aku punya good attitude n bad attitude.. Agak lama juga masa untuk aku listkan.. Nampak bena x sedar diri..
Next, kami diberikan 1 kertas n disuruh buat apa-apa je garisan lepas tu sambung sampai pelajar terakhir. Bila dah siap, sekali lagi kami kena explain apa yang kami pikir mase draw lines tu.. Aku buat garis yang berpintal-pintal.. Means fikiran ku tengah kusut sangat-sangat.. Yeah ! I mean it !
Bila buat aktiviti individu ni terasa sangat diri ni kurang keyakinan. Cakap pun gagap gagap.. Tangan lak sejuk semacam.. Sampai bila la nak jadi cam ni haaa...

Lepas tu break, sambung lagi tapi kali ni berkumpulan.. Bila dah dapat aktiviti kumpulan ni mula lah aktif, mulut x reti2 dah nak berhenti bercakap ! hahaha.. Kumpulan aku dapat satu gambar gajah then arahan kat situ bagitau yang kami kena pretend sebagai orang buta n kena sentuh tempat2 tertentu pada bahagian gajah tersebut. Aku dapat part MATA.. Bila dah jadi orang buta n sentuh pulak mata gajah apa korang nak describe kepada kawan2 korang yang lain dimana mereka juga BUTA ???? Aku cuba explain but they THINK OUT OF THE BOX !!!!!
Peerrgghh ! malu giler ! tiba2 je rasa panas je muka nie.. Hadooii.. Apa lah depa nie...

Next, kami kena sebut " SAYANG, SAYANG, SAYANG, SAYANG SAYANG" dalam pelbagai intonasi.. Quite interesting lah.. Sambung lagi dengan aktiviti "Act n Guess"... alhamdulillah, kumpulan aku menang.. Terima kasih kepada si JULIAN (nama poyo dia) who is sorang yang sangat sangat hyperactive.. Fuhhh !

And macam-macam lagi aktiviti yang diadakan.. Seriously, happy giler tadi sampai x terasa lapar pun meskipun aktiviti berakhir lam pukul 3. Lect pun sporting giler..X rasa rugi pun masuk kelas diaorang.. In fact, aku lebih selesa kot lam kelas diaorang tapi apa-apa pun DMC 110 2F lagi GEMPAK kot..
Sebelum ni dengar je ada KI rasa cam satu bebanan tapi sekarang rasa x sabar nak tunggu KI next sem..

Ok, Bai..

Monday, January 2, 2012

Malu yang Teramat !

Hey, Hai...

Hari tu kan.. Sebelum balik Melaka. Aku, Mak, Akak n Adik g shopping kat Tesco.. Then, kami pun pilih la barang-barang kami. So, my mom took troli pergi bahagian dapur then me pergi ke bahagian makanan. Memang dari rumah lagi niat nak beli makanan manyak-manyak....

So, kita pun jalan lah sorang-sorang. Dah tu lupa pulak nak bawak raga sendiri. Disebabkan kemalasan yang melampau, malas la pulak nak patah balik kat pintu depan semata-mata nak amik raga. Lepas tu pilih la barang-barang.. Agak manyak jugak la sampai penuh tangan.. Dah penuh sangat aku pun pergi cari mak aku. Dari jauh sudah kehilangan mak n akak aku.. So, dengan bangganya aku berjalan ala-ala catwalk ke arah mereka sambil membawa barang yang banyak kononnya nak tunjuk action la kat akak aku yang aku beli manyak barang. Kompem dia jeles punyaaaa...

Lepas tu kan..... Lagi dua meter nak sampai depan troli..
Dasar bawang besar sial datang bergolek depan aku.. Dah tergolek depan aku, aku terpijak lak bawang tu...

BAWANG BESAR lak tu..
Apa lagi.. Berterbangan lah semua barang-barang....

Fulamak !!! Malu yang teramat-amat..
Betapa merah muka aku masa nak kutip balik.. Nasib baik ada abg sebelah tolong kutip..
Tapi kan.. Tapi kan.. Tapi kan...
Dia gelakkan kita !!!! Rasa macam nak bagi kaki je masa tu..

Mak n akak lak dok tahan nak gelak...
Eeeee !! Benci ! Benci ! Benci !

Lepas tu terus ajak mak balik..

DASAR BAWANG BESAR SIAL !!!!

Notakaki :
* Currently in Malacca..